Headlines News :
Home » » PERKASA P.PINANG BERGOLAK KRISIS DALAMAN , YDP PECAT KETUA WIRANITA NEGERI

PERKASA P.PINANG BERGOLAK KRISIS DALAMAN , YDP PECAT KETUA WIRANITA NEGERI




Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang Fadzil Shuib mempertahankan keputusannya menggugurkan ketua Wiranita negeri dari jawatannya walaupun berdepan bantahan penyokongnya, mengatakan beliau mempunyai kuasa yang sah mengambil tindakan demikian.
Katanya, Latifah Mohd Noor tidak dilantik semula memegang jawatan itu tahun depan berdasarkan penilaiannya terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua Wiranita Negeri yang tidak menyerlah dan gagal menyumbang terhadap tugas dan tanggungjawab beliau memimpin Wiranita Negeri.
“Isunya jelas. Saya ada mandat melantik dan memecat, yang diberikan oleh presiden," beliau memberitahu satu sidang akhbar yang turut dihadiri ahli jawatankuasa (AJK) peringkat negeri Perkasa hari ini.
“Dia memegang dua jawatan. Saya rasa kita patut kurangkan bebannya dan ringankan tanggungjawabnya,” katanya.
Pada 6 Disember, ahli Perkasa bahagian Permatang Pauh mengumumkan lebih 30 anggota kepimpinan negeri akan meletak jawatan di peringkat negeri dan bahagian.
Ketua penerangan bahagian Norhalim Abdul berkata, ia tanda bantahan susulan penyingkiran Latifah dan mendesak Fadzil meletak jawatan sebagai pengerusi negeri.
"Kami mahu menjelaskan pendirian kami yang kami hilang keyakinan terhadap pengerusi. Beliau menyingkirkan Latifah sebagai ketua sayap wanita kami tanpa sebarang penjelasan," kata Norhalim.
Fadzil hari ini berkata, beliau menerima peletakan jawatan mereka.
"Terdapat juga AJK Permatang Pauh yang tidak mahu letak jawatan," tegasnya.
Beliau kemudiannya mengumumkan pelantikan Salleh Ishak sebagai pengerusi baru bahagian itu dan Zuraidah Husin, yang juga dari Permatang Pauh, sebagai ketua Wiranita negeri yang baharu.
“Mandat melantik seseorang pemimpin di peringkat Parlimen atau sayap Perkasa terletak di bawah kehakiman YDP Negeri," katanya.
“Tidak perlu diberikan sebarang sebab untuk YDP jelaskan dalam melakukan satu-satu perubahan atau pelantikan.”
Shuib mendakwa Latifah sebagai Ketua Wiranita Negeri gagal berhubung dan berkomunikasi dengan semua Ketua Wiranita di semua peringkat Parlimen yang tidak mengetahui peranan dan penglibatan Wiranita Perkasa.
Malah, Wiranita Malaysia juga tidak mendapat kerjasama untuk berhubung dengan Latifah dan terpaksa menggunakan Sekretariat Perkasa Negeri bagi menguruskan kerja-kerja Wiranita yang perlu dilakukan.”
Latifah juga katanya, gagal menghadiri mesyuarat Perkasa Negeri semenjak beliau dilantik sebagai Ketua Wanita Negeri setahun yang lalu, cuma hadir dalam 2 daripada 8 mesyuarat Negeri dan tidak hadir dalam 4 Mesyuarat Khas Negeri yang diadakan.
“Beliau hanya hadir sekali sahaja daripada 6 kali mesyuarat Khas Majlis Jamuan Makan Malam – Salam Muhibbah yang dianjurkan Perkasa Negeri pada 24 Oktober 2014,” katanya.
Dan, sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Wiranita Negeri, beliau hanya mengadakan mesyuarat sekali sahaja. – 7 Disember, 2014.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger