Headlines News :
Home » » Penduduk buat laporan polis terhadap AJK Masjid Jelutong

Penduduk buat laporan polis terhadap AJK Masjid Jelutong



GEORGETOWN - Seorang penduduk kawasan Jelutong membuat laporan polis terhadap jawatankuasa kariah Masjid Jelutong yang didakwa cuba mengelirukan orang ramai menjelang Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang 2012-2013.

Shaikh Faisal Shaikh Fuad, 34, berkata, perkara itu disedarinya apabila mendapati terdapat satu poster yang diletakkan di Masjid Jelutong yang dipercayai dikeluarkan oleh jawatankuasa kariah itu untuk meraih undi bagi pihak tertentu mengekalkan jawatan.

Menurutnya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengeluarkan poster rasmi yang lengkap kepada setiap masjid namun ada usaha pihak tertentu mengeluarkan poster lain yang memaparkan maklumat bercanggah dengan ditetapkan oleh majlis.

“Mereka bukan sahaja menggunakan logo MAINPP tanpa kebenaran tetapi maklumat yang disiarkan juga bercanggah iaitu berkenaan syarat umur untuk menjadi calon AJK kariah yang ditetapkan majlis.

“Mengikut syarat yang ditetapkan MAINPP sesiapa yang mahu menjadi AJK kariah masjid mesti berusia 21 tahun ke atas namun dalam poster itu menetapkan calon berumur 18 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui media di luar Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, semalam.

Shaikh Faisal berharap polis menyiasat perkara itu supaya tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa dalam Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang 2012-2013.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 14, 2011 at 5:15 PM

Tak masuk akal memilih AJK Kariah Masjid buat pilihanraya. Masalah yang akan timbul;

1. Akan ada rasuah pilihanraya masjid,
2. Politik kotor fitnah akan berleluasa dalam Masjid,
3. Umat Islam berpecah belah,
4. Suku-sakat dan puak-puak dalam Masjid akan bertambah parah.
5. Akan ujud gejala Nepotisma dalam Masjid, daripada Imam sampai kepada AJK akan dikuasai oleh anak-beranak dan saudara mara,
6. Akan ujud puak-puak yang menyokong parti-parti politik tertentu untuk meraih sokongan,
7. Kariah Masjid akan berduyun-duyun ke Masjid bukan untuk beribdah tetapi untuk berpolitik.
8. Akan ada saman-menyaman kepada yang tidak berpuas hati.....

YANG AKAN BERPUAS HATI HANYA DAP!!!!!!KERANA BERJAYA MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM!!!!

Anonymous
September 11, 2011 at 3:20 AM

dah nama pun parti ajaran sesat.apa lagi tugas depa melainkan menyesatkan org je la...

komen ni mewakili pertubuhan haram mat rempit yg berada dalam area jelutong bernama(RASTAMAN 72 MOTOR)

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger