KUALA LUMPUR: “Mereka (sayap UMNO) kena lebih proaktif, lebih berani menyuarakan pelbagai permasalahan, baik isu parti dan kerajaan.”
Ini pendapat timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjelaskan bagaimana tiga sayap itu - Pemuda, Wanita, dan Puteri - harus membantu mengatasi mana-mana kelemahan di dalam parti.
“Jangan biarkan orang anggap Pemuda, Wanita, Puteri sudah lesu, tidak bermaya, tidak bersuara atau senyap sunyi. Itu banyak diperkatakan seolah-olah keadaannya tidak seperti dulu,” katanya kepada akhbarBerita Harianmenjelang Perhimpunan Agung UMNO bermula Selasa ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut menjelaskan bahawa pemimpin sayap bertanggungjawab memberi maklum balas terhadap isu dan permasalahan bangsa Melayu.
Tambahnya, ia tidak boleh dikatakan sebagai ekstrem atau perkauman jika menyentuh tentang hal Melayu dengan cara penyampaian yang betul.
“Dalam penggunaan bahasa, kita ada cara tersendiri bagaimana menyampaikan mesej dengan jelas tanpa menyentuh perasaan orang lain. Ayat boleh diolah.
"UMNO parti memperjuangkan bangsa, agama dan negara dan itu tidak berubah sejak dulu sampai sekarang,” kata Muhyiddin.
Menurutnya, sudah sampai masa untuk UMNO menyusun atur semula aspek kepimpinan dengan menampilkan tokoh muda yang berwibawa.
“Kita melihat profil pengundi masa depan ialah anak-anak muda. Mereka mahu melihat pemimpin muda dan suara orang muda UMNO,” jelasnya.
Beliau berkata cadangan untuk menampilkan tokoh muda bukan hendak menafikan tokoh atau kepimpinan lama.
Jelasnya, bakat baharu ini merupakan ikon anak muda dan mereka faham aspirasi anak muda yang bersesuaian dengan perjuangan masa kini.
“Mereka mahukan penjelasan dan jawapan. Mereka bukan lagi seperti dulu yang bertanya pasal longkang, parit dan jalan, tetapi kini bangkitkan isu mengenai sistem, hak asasi, dan dasar kerajaan.
“Jadi kita harus tonjolkan bahawa UMNO tidak kekurangan dan ketandusan pemimpin. Ada barisan baharu yang bijak, berkeupayaan, mampu berinteraksi dan berkomunikasi, malah memahami cita rasa yang bertindak atas dasar perjuangan parti,” katanya.
Selain menampilkan barisan pemimpin muda, Muhyiddin turut menyeru sayap Pemuda dan Puteri untuk mengaturkan program untuk mendekatkan diri dengan anak-anak muda dan sekali gus mendaftarkan mereka sebagai pengundi.
"Inisiatif yang ada perlu ditingkatkan lagi kerana ia belum memadai," katanya.
Mengenai isu sensitif seperti isu pendidikan, sekolah jenis kebangsaan, kos sara hidup, pendapatan orang Melayu, Akta Hasutan, Raja-Raja Melayu dan Rukun Negara, Muhyiddin berkata wakil UMNO harus diberi kebebasan untuk berbincang tentang isu terbabit tanpa menyakitkan orang lain.
“Ini semua tidak akan disekat dan dihalang. Inilah ruang yang terbaik untuk jurucakap kenal pasti isu dan penyelesaian bukannya menambahkan masalah, tetapi mahu mencari jalan penyelesaian,” kata Muhyiddin.
Beliau juga berharap perhimpunan kali ini dapat mengubah landskap politik UMNO dan mahu masyarakat melihatnya sebagai satu parti yang relevan dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan.
“Kita tidak mahu UMNO dianggap parti dinosaur, parti kuno dan tidak relevan. Kita tidak mahu orang kata UMNO parti tunggul dan tidak buat apa-apa,” katanya lagi.
Apabila ditanya tentang persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum seterusnya, beliau akui kurang pasti tentang kedudukan parti namun berharap tempoh tiga tahun itu dapat digunakan untuk melakukan pembaharuan dan perubahan.
“Kita masih ada harapan untuk membetulkan kelemahan dan jangan tunggu sampai penghujung,” katanya.
Tentang dakwaan kepimpinan sekarang lebih teruk berbanding kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin berkata negara sedang melalui kematangan baharu politik Malaysia yang berbeza berbanding 10 hingga 15 tahun lalu.
“Ini kita kena sedar, yang dulu mudah diselesaikan, kini semakin rumit kerana rakyat lebih bijaksana dan banyak dipersoalkan. Persoalan dasar pendidikan, dasar ekonomi, persoalan BRIM semuanya dibangkitkan, sampai orang keliru yang mana betul atau tidak,” katanya.
Muhyiddin turut menjawab tentang spekulasi dan dakwaan yang beliau akan berundur diri dan melepaskan jawatannya.
“Selagi saya diberikan keyakinan dan sokongan baik oleh presiden dan ahli parti yang mahukan saya terus berada di sini, saya akan terus memberikan khidmat yang terbaik,” katanya kepada akhbar itu.

Post a Comment