Headlines News :
Home » , , » Sentimen 1 Cina DAP bahaya, boleh gugat perpaduan rakyat

Sentimen 1 Cina DAP bahaya, boleh gugat perpaduan rakyat



KUALA LUMPUR 27 April – Permainan politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin bahaya apabila parti itu bersungguh-sungguh menerapkan sentimen 1Cina di kalangan masyarakat tersebut terutama selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh meruntuhkan perpaduan di kalangan rakyat.

Bukan itu sahaja, katanya, malah sentimen 1Cina boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap keharmonian serta kestabilan negara.

“Kita dapati Kit Siang begitu bersungguh-sungguh mempopularkan slogan 1Cina. Sentimen yang dibawa ini amat berbahaya kerana ia boleh memberi kesan yang amat negatif kepada negara.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan 1Malaysia bagi menyatukan penduduk negara ini tetapi Kit Siang pula memperkenalkan slogan 1Cina demi kepentingan politiknya yang begitu sempit,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan DAP berdasarkan pengamatannya selepas parti itu berjaya menawan 12 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Selain itu, Musa berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Kit Siang juga dalam usaha mengekalkan pengaruh dinasti keluarganya sebagai pemimpin utama di Pulau Pinang seperti mana kejayaan Lee Kuan Yew mengekalkan pemerintahan keluarganya di Singapura.

“Dengan bantuan rakan-rakan sekutunya seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kit Siang mahu keluarganya terus menerajui Pulau Pinang,’’ ujarnya.

Dalam perkembangan yang berkaitan beliau berkata, hasrat DAP mewujudkan dua sistem parti iaitu parti mewakili orang Melayu dan Cina hanya akan membawa kehancuran kepada negara.

“Perpaduan pasti tidak akan terbina dengan adanya sistem dua parti ini dan begitu juga keharmonian negara. Ini kerana orang Melayu dan Cina sentiasa berasa sangsi antara satu sama lain.

“Acuan politik seperti ini tidak boleh diamalkan kerana Malaysia didiami rakyat pelbagai kaum,” katanya.
Share this post :

+ comments + 5 comments

chi8
April 29, 2011 at 8:44 AM

Where got 1Cina proposition? I only see IMelayu I bumi. Chinese are not recists, UMNO beruks are. Pls get your facts straight beruk.

Cucu Awang
April 29, 2011 at 8:46 AM

In Penang, the racists people are Mamaks. Only them. All other races in Penang wants peace, harmony and respects each other. DAP is doing great job in Penang so UMNO can take long sabbatical, buy a kite, and go fly them in KL.

Najis
April 29, 2011 at 8:48 AM

UMNO najis

comcohang
April 29, 2011 at 8:48 AM

Mana ada video anwar part 3?

berukCina
April 29, 2011 at 11:06 AM

the only straight about the chinese is the hair...in other words chinese kaki penipu dan dot dot dot

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger