KUALA LUMPUR 15 Okt. - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menanggung kos RM334,738 dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk membayar perkhidmatan keselamatan berikutan tiga kompleks makanan yang dibina majlis berkenaan tidak digunakan.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 memaklumkan, ini kerana tiga kompleks tidak digunakan itu telah menjadi sasaran kegiatan vandalisme dan kecurian ke atas peralatan serta kemudahan yang disediakan.
"Sebanyak 25 peratus lot niaga di kompleks makanan dan pasar awam yang disediakan tidak dapat disewakan. Sehingga Disember 2011 jumlah sewa lot niaga kompleks makanan dan pasar awam adalah berjumlah RM0.81 juta," jelas laporan itu.
Sehubungan itu, laporan itu mengesyorkan MPPP untuk melipatgandakan usaha supaya kompleks makanan tidak digunakan dapat disewakan termasuk menswastakan kompleks berkenaan kepada mereka yang berminat. - UTUSAN
+ comments + 1 comments
Ada member2 kerja dlm MPPP bagitau, Andartu ni macam dah kena santau dgn DAP. Itulah masalahnya bila bagi jawatan tinggi kpd wanita. Dia pun dah terhutang budi dgn DAP pasal dpt anugerah Datuk. Tunggulah, tak lama nanti sebarang kekosongan jawatan dlm MPPP akan hanya diberi kpd ahli PR sebab senarai ahli BN sudah ada pd mereka. So, jgn harap nak dpt kerja dlm Kerajaan Negeri, begitu juga dgn tawaran rumah mampu milik yg takdak pun dlm Pulau. Memang ramai melayu bodoh dlm Pulau ni, rela diperkudakan DAP padahal nasib mereka sendiri pun tak kemana... la ni, apa yg boleh buat; "Selamatkan Diri dan Keluarga Sendiri. Yg lain tu, mampuih pi kat depa!"
Post a Comment