Headlines News :
Home » » ISU KALIMAH : PEMUDA UMNO KECAM GUAN ENG PERLEKEH UNDANG-UNDANG SYARIAH @KhairyKj

ISU KALIMAH : PEMUDA UMNO KECAM GUAN ENG PERLEKEH UNDANG-UNDANG SYARIAH @KhairyKj




Pemuda UMNO mengecam kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilihat secara terang-terangan memperlekehkan serta tidak menghormati undang-undang syariah.
 
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kenyataan yang dibuat oleh Guan Eng itu menimbulkan kemarahan seolah-olah tidak menghormati undang-undang yang dibentuk sebelum ini serta sensitiviti agama.
 
Menurutnya, pihaknya juga menuntut pendirian PAS mengenai kenyataan tidak sensitif Guan Eng berkenaan dan pendirian yang dibuat PAS haruslah tidak samar seperti menyatakan wujud kebebasan untuk memberikan pandangan berbeza.
 
“Ini bukan pendirian parti politik, ini adalah pendirian ketua kerajaan negeri iaitu ketua menteri bagi sebuah negeri yang ditadbir pakatan yang mana PAS merupakan anggota pakatan tersebut.
 
“Apabila undang-undang Islam diperlekehkan dengan begitu nyata dan terang sekali oleh seorang rakan kongsi pakatan (PR), rakan kongsi Pas. Saya percaya rakyat Malaysia terutamanya umat Islam menanti-nanti pendirian pas,” katanya di Rembau pada Ahad.
 
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau amat berdukacita dengan pandangan Guan Eng berkenaan.
Ahad, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, mencadangkan Guan Eng merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri jika beliau tidak faham berkaitan enakmen jenayah syariah negeri yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Sebelum ini, Guan Eng, seperti dilaporkan beberapa portal berita memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah.
Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Guan Eng seharusnya sedar bahawa beliau sebenarnya berada dalam sistem Persekutuan dan bukannya sebuah negara republik.
“Pergolakan yang berlaku ini sebenarnya telah memberi gambaran yang negatif terhadap pimpinan beliau kerana dilihat tidak menghormati institusi raja dan sensitiviti masyarakat Islam.
“Sebagai negara majmuk, beliau seharusnya mengikuti undang-undang yang diperuntukkan di peringkat nasional dan tidak sesuka hati mewujudkan suasana yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman negara,” katanya.-15/12/2014
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger