Headlines News :
Home » » PAU 2014 PENTAS TERBAIK KUKUHKAN KEYAKINAN ORANG MELAYU KEPADA UMNO - MUHYIDDIN

PAU 2014 PENTAS TERBAIK KUKUHKAN KEYAKINAN ORANG MELAYU KEPADA UMNO - MUHYIDDIN




KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2014 akan membuka tirainya bermula Selasa ini dengan membawa perbincangan untuk mengukuhkan keyakinan orang Melayu bahawa parti itu tetap teguh mempertahankan masa depan  politik, ekonomi, dan sosial mereka.

Perhimpunan kali ini diharap membawa kelainan dan merencanakan perubahan serta persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang supaya rakyat daripada semua kaum terutamanya golongan generasi muda kembali menyokong Umno.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menegaskan parti itu kini hanya mempunyai tiga tahun sahaja lagi untuk membuat perubahan drastik bagi memastikan Umno terus menjadi pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14. 

Dalam wawancara bersama media sempena perhimpunan itu, Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui bahawa Umno berada dalam waktu kritikal dan mempunyai pilihan untuk terus kekal hidup dan bernafas atau hilang ditelan zaman.

Pada masa yang sama, Umno terbukti telah dan sedang berhadapan dengan pelbagai masalah negara namun masih perlu meneruskan agenda transformasi bagi membolehkan parti itu muncul sebagai wira kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk bangsa Melayu semata-mata. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger