Headlines News :
Home » » KEHEBATAN GUAN ENG SEMAKIN PUDAR , PERWAKILAN DAP DAH BERANI KRITIKNYA

KEHEBATAN GUAN ENG SEMAKIN PUDAR , PERWAKILAN DAP DAH BERANI KRITIKNYA




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini dilihat semakin hilang pengaruhnya di Pulau Pinang apabila semakin ramai ahli parti DAP yang berani mengkritik dan kurang gerun kepada beliau, menurut laporan BNBBC.
Terbaru perwakilan Chai Leng Park Seberang Perai, Shamsher Singh Thind mengkritik Guan Eng ketika menyampaikan ucapan sewaktu Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang ekoran tindakannya membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.
Menurut, Shamser Singh sebelum ini Guan Eng pernah mengkritik kerajaan Terengganu yang membeli kereta Mercedes pada tahun 2008 namun kini beliau sendiri melakukan perkara yang sama dalam pentadbirannya di Pulau Pinang.
“Saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes Benz, apa sudah jadi?,” katanya lantang mempersoalkan tindakan itu di hadapan lebih 309 orang perwakilan lain.
Pada masa yang sama, Shamser Singh juga mempersoal kelebihan Guan Eng kerana tidak dikenakan sebarang tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah.
“MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar kolej, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah,” katanya.- FMT
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger