Headlines News :
Home » » BN RAMPAS KEMBALI TELUK INTAN SATU KEMENANGAN BERMAKNA - KHAIRY

BN RAMPAS KEMBALI TELUK INTAN SATU KEMENANGAN BERMAKNA - KHAIRY




Syukur Alhamdulillah satu kemenangan yang bermakna bagi Barisan Nasional. Walaupun majoriti kemenangan hanya 238 undi, perlu diingat bahawa BN telah berjaya 'overturn' majoriti 7 ribu lebih yang diperolehi calon DAP pada PRU yang lepas.
Saya kenali Mah Siew Keong sejak beliau menjadi Ketua Pemuda Gerakan dan saya rasa pengundi Teluk Intan telah membuat keputusan yang terbaik pada hari ini. Siew Keong adalh seorang yang rajin, bijak dan humble. Sudah pasti beliau akan memberi komitmen yang sepenuhnya kepada rakyat Teluk Intan.

Tahniah pada beliau dan seluruh jentera BN yang terlah berkempen siang malam demi kemenangan ini.
Saya turut rasa bangga dengan jentera Pemuda BN yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda BN Saudara Azwan Bro dan dibantu oleh Keng Liang Ketua Pemuda Gerakan, Sahfri SU Pemuda, Own KP Perak, Cikgu Zaman KP Teluk Intan dan semua yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
Kepada penyokong2 BN, sambutlah kemenangan ini dengan penuh kesyukuran. Tak perlu kita riak, sombong dan troll orang lain tak pasal2. Ingat pada firman Allah SWT daripada surah Al-Imran yang bermaksud:

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki."
Victory today, who knows what will happen tomorrow. Be thankful, stay humble, serve the rakyat.

YB Khairy Jamaluddin 
Ketua Pemuda UMNO Malaysia 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger