Headlines News :
Home » » JAHARA BIDAS JAWAPAN TERBARU ADUN DAP RAYER GELAR "UMNO CELAKA"

JAHARA BIDAS JAWAPAN TERBARU ADUN DAP RAYER GELAR "UMNO CELAKA"




Kenyataan Media YB Dato Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
3 Jun 2014

Kenyataan balas terhadap kenyataan YB Seri Delima RSN Rayer yang diterbitkan dalam portal media The Malaysian Insider pada 2 Jun 2014

Rayer: "jika ada pihak yang mendesaknya mahu menarik balik ungkapan itu maka ia juga harus dibuat dalam sidang DUN yang akan datang."



1. Kenapa selepas dua minggu Sidang DUN selesai, tiba-tiba Adun Seri Delima mengeluarkan kenyataan ini? Semasa diminta memohon maaf dan menarik balik kata-kata kesat beliau semasa Sidang DUN berlangsung, beliau telah berkeras untuk tidak berbuat demikian?

2. Rayer turut mengakui beliau ada dinasihati oleh pimpinan DAP untuk menyelesaikan isu ini dalam laporan semalam. Apakah nasihat tersebut ada kena-mengena dengan kekalahan calon Melayu DAP kepada calon BN di PRK Telok Intan Sabtu lalu? Apakah pimpinan DAP sedar keangkuhan dan keceluparan mulut Rayer dalam Sidang DUN Pulau Pinang menyebabkan kekalahan calon DAP di Telok Intan?

3. Kenapa setelah selesai PRK Telok Intan baru Rayer tergerak untuk mengeluarkan kenyataan ini? Ia nya menunjukkan Rayer tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak ada rasa kekesalan dalam mengeluarkan kenyataan beliau semalam.

Rayer: “Kalau saya tak tarik balik, mereka boleh rujuk saya kepada tindakan disiplin melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan."

4. Apakah Adun Seri Delima sudah hilang ingatan? Suatu Usul telah dibawa ke Sidang DUN oleh Adun BN pada Khamis 22 Mei bagi mendesak Adun Seri Delima memohon maaf dan menarik balik ucapan kata-kata kesat beliau; walaubagaimana pun usul itu dikalahkan kerana tidak cukup bilang untuk dibahaskan kerana BN hanya ada 10 orang wakil. Tiada seorang pun Adun penyokong kerajaan yang menyokong usul berkenaan. Apakah usul pihak BN akan disokong sekiranya dibawa sekali lagi pada Sidang DUN yang akan datang?

5. Adun Seri Delima dalam satu ceramah di Air Itam pada 19 Mei 2014 semasa berkempen untuk PRK Bukit Gelugor telah mengeluar perkataan "Celaka Celaka UMNO" dan memberitahu akan mengulangi nya di Sidang DUN keesokan hari.  Ternyata Adun Seri Delima adalah seorang ahli politik yang hipokrit dan penipu apabila menyatakan beliau tidak pernah menyebut perkataan"Celaka celaka UMNO" di luar Sidang DUN.

6. Rayer juga membuktikan beliau seorang ahli politik yang penakut apabila hanya berani menyebut nama-nama pemimpin UMNO yang tiada dalam DUN untuk menjawab kata-kata beliau semasa Sidang DUN tetapi tidak berani untuk mengulanginya di luar DUN setelah dicabar beberapa pemimpin UMNO. Hanya berani dengan berselindung di belakang tabir imuniti Dewan. Sebagai seorang peguam beliau sepatutnya maklum bahawa perkataan-perkataan yang berbaur hasutan dan yang menyebabkan perasaan benci dan bermusuhan adalah tidak dilindungi oleh imuniti Dewan dan boleh diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Pemimpin begini adalah merbahaya dan anasir yang mengancam keselamatan dan perpaduan Negara.


Pemuda UMNO tak bersalah kata Rayer.

Dari TMI:
 Pemuda Umno tidak boleh disalahkan 100% kerana mereka mendapat maklumat yang tidak tepat dari media arus perdana.

“Mereka salah faham kenyataan ini tak ditujukan kepada Umno secara amnya tetapi kepada tiga pemimpin sahaja. Nama mereka sudah pun disebut dalam sidang Dewan. Kemungkinan mereka hanya melihat laporan yang dibuat di TV tertentu dan bertindak atas laporan itu. Saya tak salahkan mereka (Pemuda),”

7. Nampaknya Rayer lupa bahawa kini zaman teknologi canggih dan perjalanan Sidang DUN Pulau Pinang disiarkan secara langsung melalui internet. Pemuda UMNO tidak perlu bergantung kepada laporan MSM untuk mendapat maklumat apa yang berlaku di dalam Sidang DUN.

8. Segala perbuatan dan percakapannya dalm DUN dapat dilihat secara langsung. Kata-kata kesat beliau terhadap pemimpin-pemimpin UMNO menyakitkan hati Pemuda dan beliau perlu terima tindak balas Pemuda UMNO terhadap percakapan beliau sendiri. Mengeluarkan perkataan - perkataan yang menyakitkan hati juga bercanggah dengan Peraturan Sidang DUN  46 (13).

9. Kenyataan Rayer yang menyatakan Pemuda UMNO tidak patut dipersalahkan menunjukkan Rayer tidak sependirian dan bercanggah dengan pandangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP mengenai insiden berkenaan yang mendesak hukuman berat terhadap individu-individu terlibat.

10. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 28 Mei 2014 mengeluarkan kenyataan mendesak Pejabat Peguam Negara menyiasat dan mendakwa individu-individu yang terlibat dengan memasuki di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah Seksyen 121(B) dan 124(B) Kanun Keseksaan.

11. Saya dan Adun-Adun BN telah meminta Adun Seri Delima memohon maaf dalam Sidang DUN yang lalu namun beliau berdegil dan menunjukkan keangkuhan untuk tidak memohon maaf dan menarik balik kata-kata beliau.  Ketua Menteri sendiri menyatakan jika buat salah perlu mohon maaf, namun beliau sendiri tidak mengarahkan Rayer memohon maaf di Sidang DUN yang lalu walaupun didesak oleh Ketua Pembangkang.

12. Kenapa Rayer perlu tunggu sehingga Enam (6) bulan untuk memohon maaf dalam Sidang DUN yang akan datang?

Sekiranya beliau seorang budiman, beliau boleh memohon maaf pada bila-bila masa dan di mana sahaja;  kita bersedia menerima permohonan maaf beliau sekiranya beliau betul-betul jujur, ikhlas dan berasa kesal di atas ucapan beliau pada 20 Mei 2014. Saya juga ingin berpesan kepada Rayer, jangan main-main dengan permohonan maaf beliau mengenai isu ini.

Terima kasih.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 4, 2014 at 10:32 AM

Kalau dah nama keling pariah tu ... Cakap memang belit2.. Ape nak heran kan... Buat tak tau jer..

Anonymous
June 6, 2014 at 3:44 PM

'Buat tak tau jer' tu lah yg buatkan paria tu makin naik tocang..menjadi-jadi kurang ajarnya..tak perlu jadi umno untuk rasa sakit hati dengan kata penghinaan tersebut melainkan bagi mereka yg dah hilang peka dan maruah bangsa...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger