Headlines News :
Home » » Kerajaan DAP ugut mahu saman SPR & kerajaan Persekutuan

Kerajaan DAP ugut mahu saman SPR & kerajaan Persekutuan




GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyaman kerajaan pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di kawasan penyeliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu perkara di bawah kelolaan negeri mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Dun mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan peruntukan bagi mengadakan pilihan raya tempatan di bawah Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4)  Perlembagaan Persekutuan.

Urusan mengadakan pilihan raya tempatan merupakan salah satu perkara dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

"Pada bulan Mei 2012, Dun Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012, yang memperuntukkan supaya SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri memaklumkan kepada SPR bahawa enakmen berkenaan akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2013 tetapi gagal menerima sebarang komitmen daripada SPR untuk melaksanakan pilihan raya bagi MPPP dan MPSP," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, peguamnya diarah memohon kepada mahkamah persekutuan untuk memberi keizinan bagi mendapatkan pengisytiharan mengenai Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh Malaysia.

Menurutnya, ia tidak sah atau tidak berkuat kuasa di Pulau Pinang dan enakmen 2012 yang diluluskan Dun Pulau Pinang sebagai sah dan memperuntukkan bagi SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan bersama bekas Presiden Aliran, P Ramakrishnan akan memfailkan saman ini dalam tempoh dua minggu," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger