Headlines News :
Home » » Sokongan pengundi Kepala Batas masih lagi kuat kepada BN

Sokongan pengundi Kepala Batas masih lagi kuat kepada BN





KEPALA BATAS - Kerusi Parlimen Kepala Batas dijangka kekal milik Barisan Nasional (BN) berdasarkan sokongan pengundi yang tidak berganjak.
Calon BN Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, wajah daerah itu telah banyak berubah hasil usaha BN bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Katanya, pengundi di Kepala Batas matang untuk membuat pilihan yang bijak sepertimana dibuat pada Pilihan Raya Umum sebelum ini.
"Saya yakin kesetiaan pengundi tidak akan berubah kerana mereka mahu melihat Kepala Batas yang lebih makmur.
"Dengan slogan ‘Kepala Batas Untuk Orang Kepala Batas', BN akan meneruskan pelaksanaan projek demi faedah penduduk," katanya ketika ditemui hari ini. - KOSMO!

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger