Headlines News :
Home » » Guan Eng bidas formula 3-3-3-1 BN tawan P.Pinang

Guan Eng bidas formula 3-3-3-1 BN tawan P.Pinang




KUALA LUMPUR, 1 Okt — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membidas formula 3-3-3-1 oleh Umno untuk menawan semula negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan menyifatkan ia satu lagi taktik penipuan yang bakal digunakan oleh kerajaan.

Dalam kenyataan medianya, Lim berkata formula tersebut akan menyaksikan Umno dan Barisan Nasional (BN) memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai agen untuk membantu mereka menang dan perkara tersebut dikuatkan lagi dengan dakwaan terdapat pegawai tinggi di dalam SPR merupakan ahli Umno.

 “Formula Umno termasuklah tambahan tiga kerusi kepada sebelas kerusi dewan undangan negeri yang sedia ada buat Umno, MCA dan Gerakan dan satu kerusi untuk MIC. Matlamatnya adalah untuk menang dengan hanya satu majoriti yakni 21 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri,” kata Lim.

 “Tindakan BN menggunakan SPR untuk kepentingan politik mereka terjaga dengan baik sehinggalah terdapat pendedahan terkini bahawa ada pegawai tinggi di dalam SPR merupakan ahli Umno.”

 Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang tersebut juga mendakwa kawalan media arus perdana untuk menyebarkan pembohongan terhadap PR adalah satu lagi formula berbentuk penipuan yang digunakan oleh Umno dan BN bagi mengambil alih Pulau Pinang dalam PRU nanti.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger