LGE telah menngunakan kaedah putar belit kreatif perakaunan dalam kontrak Pelupusan Sisa Pejal yang ditawarkan kepada syarikat PLB Terang Sdn Bhd.
LGE memaklumkan bahawa dia telah menjimatkan sebanyak 200 juta apabila menawarkan kontrak tersebut kepada PLB Terang Sdn Bhd tetapi pada hakikatnya kerajaan negeri telah memberikan lebih RM 50 juta kepada syarikat tersebut daripada kadar harga syarikat asal.
Kontrak syarikat asal yang membuat pelupusan sisa pejal di Pulau Burung dirunding semula pada tahun 2009 pada kadar harga RM17 satu tan sampah tetapi syarikat PLB Terang SB pula ditawarkan pada RM300 juta untuk 20 tahun yakni pada kadar harga anggaran hampir RM21 bagi satu tan sampah.
Kadar ini adalah RM4 lebih daripada kadar harga kontrak asal.
Berat sampah yang dikutip di Pulau Pinang sehari adalah hampir 2000 tan dan bilangan sampah akan terus naik selagi pembangunan dan kepesatan penduduk meningkat.
Semua kos tersebut tidak termasuk kos pengangkutan stesen pemindahan di bahagian seberang dan Pulau.
Pada hakikatnya kerajaan negeri akan rugi paling kurang hampir 20% setahun atau 400% jika dikira sepanjang 20 tahun.
Kenyataan dan justifikasi pengiraan kontrak asal adalah 500 juta untuk 20 tahun dan penjimatan sebanyak RM200 juta adalah penipuan dan putar belit LGE untuk mengelirukan rakyat seperti amalan biasa LGE.
Kontrak yang diberikan bagi jangkamasa panjang selama 20 tahun juga akan merugikan kerajaan negeri kerana jumlah sampah akan bertambah dan kadar harga yang lebih kompetitif boleh didapati jika tender terbuka dibuat 2 tahun sekali.
Ternyata LGE dan kerajaan negeri DAP tidak cekap,Tidak akauntabel dan tidak transparent.
Ir.Dr.Shaik Hussein B. Mydin
KP UMNO Pulau Pinang.
Post a Comment