Headlines News :
Home » , » Guan Eng contoh pemimpin tak ada adab

Guan Eng contoh pemimpin tak ada adab



KUALA LUMPUR 13 Okt – Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor melalui media adalah suatu perbuatan yang dianggap sebagai biadap dan tidak menghormati sistem beraja di negara ini.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata sebagai seorang pemimpin negeri , Guan Eng tidak seharusnya melakukan perbuatan sebegitu.

“Apakah cukup dengan memohon maaf melalui media sahaja, sepatutnya sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya tahu tata susila sistem pentadbiran negara ini iaitu Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan.

“Sebagai seorang pemimpin seharusnya beliau menunjukkan contoh yang baik, bukannya melakukan seperti apa yang dilakukan itu dan tidak boleh menyamakan kedudukan Sultan sama dengan dirinya,” katanya kepada UMNO-Online.

Dr Ramlah berkata, jika perkara itu serupa membabitkan pemimpin UMNO atau Barisan Nasional, sudah pasti perkara itu dimanipulasikan oleh pembangkang dan dijadikan modal politik.

Tetapi apabila perkara itu berlaku di pihak mereka, mengapa mereka mendiamkan diri seperti tiada apa yang berlaku.

Kebiadaban pembangkang terhadap sistem kesultanan di negara ini bukan perkara baru, malah sebelum ini pernah berlaku kepada Sultan Perak ketika tampuk pemerintah dan pentadbiran negeri berpindah tangan daripada pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional.

Malah ada di kalangan pemimpin pembangkang yang sanggup untuk membawa perkara itu ke mahkamah dan ingin menyaman Sultan kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, gejala ini nampak sudah menular di peringkat rakyat biasa, contoh paling jelas ialah di laman portal pembangkang apabila ada di kalangan pengunjungnya yang mengeluarkan perkataan kurang sopan dalam komen yang diberikan.

“Apakah perkara ini perlu dibiarkan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan untuk menagnai permasalahan ini, memang benar kita dibenarkan untuk bebas bersuara tetapi ada batasan bukan seperti apa yang berlaku sekarang.” katanya.

Beliau berkata, jangan disebabkan oleh politik, sesiapa boleh melakukan apa sahaja dan tidak menghormati institusi beraja di negara ini. -MediaUMNO
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 14, 2011 at 12:24 AM

Macam mana dia bolih masuk istana negara makan minum bersama DYMM YDPA dan Raja Raja Melayu ?
Sebab ada konco kut dari Selangor Kedah Kelantan,
tapi mereka melayu, dia sorang yang tak mandi hadath......
Ah Beng Lancau bo kuak.
GEN46

Anonymous
October 14, 2011 at 2:57 AM

SEMPOI BARUA PUKIMAK NI BREAK DANCE...

TAU LA AKU NAK JIJAK PIC MUKA LIM GUAN ENG NI NANTI...

KAT GE13 NANTI AKU NAK PELEKAT MUKA BARUA NI KAT DEPAN UMAH AKU...

BUKAN AKU SORANG JER TAPI SEMUA AHLI KELUARGA AKU AKAN JIJAK MUKA DIA SEBAB BARUA NI DAH JIJAK PIC MUKA KAUM BANGSA AKU SENDIRI...

ADAKAH KAUM PAS SUKA TENGOK KAUM SENDIRI KENA PIJAK DENGAN YAHUDI MALAYSIA NIE???

PEJUANG HAMAS...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger