Headlines News :
Home » » Speaker DUN marah Adun DAP ganggu persidangan

Speaker DUN marah Adun DAP ganggu persidangan




Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussein memberi amaran kepada anggota dewan termasuk mengarah mereka keluar dewan sekiranya berterusan menggangu perjalanan sidang dewan. Katanya, beliau memberi amaran terakhir, dan selepas ini, akan mengarah mereka keluar sekiranya mengganggu persidangan dewan.

 Abdul Halim mengakui beliau sampai pada had kesabarannya dengan sikap beberapa anggota dewan, seperti enggan meminta izin sebelum mencelah ketika ADUN sedang berucap. Beliau jelas marah dengan tindakan beberapa anggota dewan yang 'berperang mulut' berhubung dakwaan perobohan sebuah kuil Hindu di Prai.

 Abdul Halim berkata ramai anggota dewan yang mengambil kesempatan daripada sikap fleksibiliti beliau sebagai speaker sejak DUN bersidang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

 "Anggota dewan perlu diberi peluang untuk berdebat dan menjawab soalan yang ditanya. Yang lainnya tidak seharusnya mengganggu tanpa meminta izin," katanya dalam satu sidang akhbar.

 Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada anggota dewan yang mengganggu persidangan, bahawa mereka akan diminta meninggalkan dewan jika berterusan dengan tindakan mereka itu. Abdul Halim diminta mengulas insiden kekecohan yang tercetus pada persidangan hari ini membabitkan R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) dan Pemangku Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Telok Bahang).

 Kekecohan tercetus apabila Hilmi yang membahaskan usul belanjawan negeri tidak menjawab soalan Rayer berhubung penjualan tanah di Balik Pulau sehingga menyebabkan wakil rakyat DAP itu mengeluarkan kata-kata "kepala hotak depa" kepada Hilm
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger