Headlines News :
Home » » DAP DESAK MAHU P.PINANG DIBERI KUASA AUTONOMI

DAP DESAK MAHU P.PINANG DIBERI KUASA AUTONOMI



DAP menuntut agar kerajaan negeri Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata kontrak Persekutuan yang dimaterai sejak 51 tahun lalu itu perlu dikaji semula.

“Negara kita pada dasarnya mengamalkan sistem persekutuan, iaitu struktur politik yang secara lazimnya terdiri daripada negeri-negeri bersekutu yang disatukan di bawah payung kerajaan pusat. Contoh negara bersekutu yang lain adalah seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan India.

"Di negara-negara tersebut, kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dalam kebanyakan bidang yang melibatkan kehidupan seharian, manakala kerajaan pusat biasanya bertanggungjawab ke atas hal ehwal kenegaraan, perhubungan antarabangsa dan keselamatan luar negeri," katanya memetik laporan Roketkini.

Beliau menjelaskan, perkongsian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sistem persekutuan pula ditentukan oleh perlembagaan dan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan pusat.

“Malangnya, sistem perundangan, pentadbiran dan fiskal di negara kita tidak mirip langsung dengan negara persekutuan yang lain. Tadbir urus negara kita dalam kebanyakan bidang adalah sangat terpusat, jika tidak lebih terpusat berbanding negara kesatuan (unitary states).

"Malah, kemungkinan besar Malaysia merupakan antara negara persekutuan yang paling terpusat di dunia. Contoh paling jelas pemusatan kuasa yang berlebihan di negara kita ini adalah hakikat bahawa perbelanjaan kerajaan Persekutuan merangkumi lebih 90 peratus daripada semua perbelanjaan kerajaan setiap tahun,” katanya.

Sambil memuji kerajaan negeri Pulau Pinang, Zairil berkata negeri itu telah menyumbang separuh daripada eksport elektrik dan elektronik Malaysia, satu pertiga daripada eksport pembuatan, dua pertiga daripada hasil pelancongan perubatan dan hampir satu persepuluh daripada KDNK negara.

“…adalah satu skandal besar bahawa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi hanya mampu membelanjakan kurang daripada setengah peratus (0.05 peratus) daripada belanjawan negara,” katanya.

Maka, atas sebab-sebab ini, usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.

“Jelas, sistem sedia ada tidak berfungsi apabila sesebuah kerajaan negeri tidak berupaya untuk menentukan arah perjalanan bas dalam kota sendiri, membuat pinjaman wang untuk membiayai pembangunan infrastruktur, serta tidak diberi kuasa untuk menguruskan tandas awam sendiri.

“Kuasa tadbir urus yang diagihkan dengan baik sudah tentu dapat memakmurkan demokrasi yang lebih bermakna, menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi serta memupuk pembangunan yang lebih saksama dan lestari.

“Justeru, satu kajian semula kontrak persekutuan negara kita amat diperlukan, khususnya dalam persekitaran pasca-2008, di mana sudah jelas bahawa pemusatan berlebihan dalam hal ehwal pentadbiran adalah tidak selari dengan kerencaman negara kita serta terbukti gagal untuk memenuhi hasrat dan impian rakyat Malaysia,” ujarnya. - RAKYATNEWS- 
Share this post :

+ comments + 4 comments

December 29, 2014 at 9:52 AM

Baru dapat Penang...dah tunjuk belang....
DAP/Penang adalah PAP/Singapore....

Masih buta?

Anonymous
December 30, 2014 at 8:22 AM

Nak robekkan perlembagaan persekutuan, cuba nak menghasut ya, seret je dia bawah akta hasutan, nama mcam melayu tapi bukan melayu ni

Anonymous
December 30, 2014 at 8:25 AM

Nak robek perlembagaan persekutuan ya, ini macam menghasut aje, seret je bawah akta hasutan, nama macam melayu tapi bukan melayu ni

Anonymous
January 6, 2015 at 1:27 PM

Hasil Negeri banyak tapi dapat hanya 10% yang selebih diambe Ker Persekutuan, cam tak kena. Minta lebih tak bermakna autonomi , harap bebal2 08:22 dan 09:52 kalau tak faham hantuk kepala pada dinding baru otak jadi centre.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger