Headlines News :
Home » » Kereta Ketua Pemuda BN P.Pinang disimbah cat merah

Kereta Ketua Pemuda BN P.Pinang disimbah cat merah



GEORGETOWN - Kereta milik Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini disimbah cat merah dan cerminnya dipecahkan.

 Kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu disedari oleh seorang pekerja kedai makan berkenaan sebelum memberitahu kepadanya. Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu, beliau bergegas ke parkir idan mendapati cermin hadapan dan belakang keretanya pecah dipercayai akibat dihentak menggunakan objek berat.

 Beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan percaya ia dirancang oleh pihak tertentu.

 “Pekerja kedai makan itu memberitahu sempat melihat dua orang lelaki menunggang motosikal melakukannya. Mereka melarikan diri sebaik sahaja melakukannya.

 “Bagaimanapun, dia tidak sempat melihat wajah lelaki berkenaan kerana hujan lebat ketika itu.

 “Saya tidak tahu apa punca sebenar mereka merosakkan kereta tetapi percaya ia ada kaitan dengan politik memandangkan kami (Pemuda) kerap membongkarkan isu terutama perumahan rakyat Taman Manggis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini.

 Menurutnya, inisiden itu pertama kali berlaku sejak memegang jawatan Pemuda BN dan menganggar nilai kerugian kira-kira RM10,000. Tong Keong bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger