Headlines News :
Home » » Adun BN persoal kerajaan DAP takut jawab soalan lisan & bertulis

Adun BN persoal kerajaan DAP takut jawab soalan lisan & bertulis


Kerajaan Negeri gagal memenuhi permintaan Adun BN agar menghantar semua jawapan soalan lisah dan bertulis ke rumah mereka dalam tempoh 24 jam selepas diminta berbuat demikian pada Jumaat lalu .

Sehubungan itu , Datuk Arif Shah Omar Shah menganggap Ketua Menteri tidak dapat menafikan kenyataannya sebelum ini yang menganggap sebagai seorang yang penakut dan temberang .

" Sebelum ini saya cabar dia agar hantar semua jawapan ke rumah kami dalam tempoh 24 jam .Nampaknya dia gagal dan ini bermakna kerajaan DAP dan Guan Eng adalah pemimpin penakut dan memang mengamalkan CAT iaitu cakap , anggkuk dan temberang .

"Selain itu , ia juga mengesahkan bahawa tema bajet dibentang Guan Eng adalah bermaksud agenda ekonomi sendiri (AES) ."

"Kenapa perlu takut sehingga tidak berani menyerahkan jawapan soalan yang dikemukakan oleh Adun BN . Adakah ini bermakna beliau tidak percaya kepada jawapan sendiri atau jawapan yang diberikan Exconya ketika menjawab soalan lisan "

" Inilah contoh kerajaan yang kononnya telus dan mengamalkan kebebasan bermaklumat. Kalau jawapan bertulis dan lisan  ini pun takut nak serah kepada kami , apatah lagi maklumat lain yang sudah pasti akan disorok agar tidak diketahui umum" .

Beliau mengemukakan tiga soalan lisan 27 soalan bertulis dan hanya menerima satu jawapan soalan lisan sedangkan yang lain masih tidak diberikan . - SINAR HARIAN -




Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger