Headlines News :
Home » » Kenyataan Shahnon bukti perjuangan PAS kini tersasar

Kenyataan Shahnon bukti perjuangan PAS kini tersasar



Masyarakat terutama ahli PAS perlu menilai sendiri kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mempertikaikan perjuangan parti itu sekarang, kata Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri itu berkata berkata kenyataan Shahnon jelas menggambarkan rasa kecewanya terhadap parti itu yang semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.

 "Saya tidak perlu komen apa-apa kerana semua orang melihat dan mendengar apa yang beliau (Shahnon) cakap, jadi mereka (orang ramai) terutama ahli parti itu (Pas) patut berfikir.

 "Saya juga rapat dengan beliau (Shahnon) dan saya percaya apa yang dia cakap itu adalah reaksi dan luahan kepada parti itu (PAS) yang dilihat tidak memperjuangkan dasar politik mereka," katanya kepada pemberita, Jumaat.

 Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas Program 'Jom P Bantu' anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

 Beliau diminta mengulas kenyataan Shahnon tentang perjuangan politik PAS yang tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP. Menurut Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup, tindakan parti itu menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.-12/10/2012
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger