Headlines News :
Home » » Saya tak mahu layan fitnah Utusan - Guan Eng

Saya tak mahu layan fitnah Utusan - Guan Eng



Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta.
 Setiausaha Agung DAP itu sebaliknya cuba berdolak-dalik dan menyifatkan Utusan Malaysia berniat jahat kerana membangkitkan perkara tersebut.

 "Dahulu Utusan Malaysia cakap lembaga itu tidak wujud tetapi sekarang wujud dan ada wang di dalamnya tetapi masih juga mahu menghentam. "Biarlah rakyat yang menilai kerana kerajaan negeri memang telah membina rumah kos rendah.

Saya tidak mahu layan fitnah jahat Utusan Malaysia dan jangan putar belit lagi," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini.

 Semalam, Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri yang tidak membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat walaupun mempunyai sejumlah wang yang banyak iaitu RM33.36 juta.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger