KUALA LUMPUR 19 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO sedang membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana ahli yang melakukan sabotaj ke atas parti serta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden UMNO berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail serta dianggotai oleh beberapa ahli Majlis Tertinggi yang tidak berkepentingan, ahli Lembaga Disiplin dan wakil ahli setiap bahagian parti di seluruh negara.
Kata beliau, jawatankuasa yang akan diwujudkan itu selari dengan peruntukan fasal 10.15 perlembagaan parti itu turut bertanggungjawab memberi definasi terhadap perbuatan khianat dan sabotaj kepada parti supaya setiap ahli jelas mengenai kesalahan tersebut.
Dengan kewujudan jawatankuasa itu, katanya, tindakan tegas dan segera boleh diambil terhadap ahli tanpa perlu menunggu masa sehingga berbulan-bulan seperti yang berlaku sebelum ini.
"Majlis Tertinggi bersetuju untuk mewujudkan jawatankuasa ini sebagai cerminan tentang pendirian dan hasrat kita agar tindakan tegas diambil terhadap sesiapa yang boleh merosakkan kepentingan parti.
"Kita juga setuju melantik anggota di setiap bahagian yang boleh memberi laporan terus kepada jawatankuasa tersebut ke ibu pejabat atau secara dalam talian," katanya.
Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Beliau menambah, antara bentuk kesalahan yang akan diperhalusi jawatankuasa tersebut termasuklah menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti dan menyalah guna wang peruntukan pilihan raya.
Antara tindakan yang boleh dikenakan, katanya, adalah digantung keahlian atau dipecat daripada parti.
Sementara itu, menurutnya, Majlis Tertinggi turut meluluskan tiga usul untuk dibentangkan pada Perhimpunan Agung UMNO bermula 27 November ini.
"Kita telah meluluskan usul ucapan dasar Presiden, usul ekonomi serta usul agama dan pendidikan dan kita juga telah melantik wakil Majlis Tertinggi dalam persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri," katanya.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
2 days ago
Post a Comment