Headlines News :
Home » » SUARAM perlu henti isu Scorpene - Zahid

SUARAM perlu henti isu Scorpene - Zahid



BAGAN DATOH – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana masih memainkan isu pembelian kapal selam Scorpene walaupun tohmahan mereka berhubung isu itu selama ini tidak benar.

 Justeru, katanya, beliau berpandangan Suaram perlu berhenti bermain dengan itu segera kerana sebagai rakyat yang setia, Suaram masih mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan fakta yang betul sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap kerajaan.

“Saya rasa mereka perlu menghentikan isu ini dan mereka (Suaram) perlu mengakui kenyataan bahawa transaksi Scorpene mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kewangan,” katanya di sini hari ini.

 Mengulas lanjut tindakan Suaram itu, katanya, organisasi itu dilihat cuba bermain dengan sentimen yang bukan berdasarkan fakta tetapi menjadikannya sebagai isu politik yang kini dipergunakan oleh pihak lain. 

Sehubungan itu, katanya, beliau menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Suaram berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

 Ia kerana, jelas beliau, Suaram dilihat tetap memainkan isu berkenaan walaupun kerajaan telah banyak kali menjelaskan bahawa pembelian Scorpene adalah mengikut prosedur yang betul. Tegasnya, beliau telah memaklumkan perkara sebenar mengenai itu termasuk dalam Parlimen, namun Suaram masih terus dengan agenda politik dan berusaha memutar belit isu demi kepentingan politik. – mynewshub.my
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger