Headlines News :
Home » » Datuk Jasmin sedia dikekalkan di DUN Sungai Dua

Datuk Jasmin sedia dikekalkan di DUN Sungai Dua




TASEK GELUGOR 23 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed membayangkan untuk terus mengekalkan jawatannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). Menurut wakil rakyat sejak empat penggal itu, beberapa pemimpin tempatan serta penduduk setempat masih menaruh kepercayaan untuk beliau terus kekal di situ.

 Jasmin, 55, berkata, jika pimpinan parti mahu beliau terus bertanding, tiada alasan baginya untuk menolak kerana itu adalah satu kepercayaan yang tinggi untuknya.

 "Saya sedia bertanding pada PRU-13 sekiranya dipilih pimpinan UMNO, malah penduduk setempat juga masih menaruh harapan kepada saya. "Mereka mengharapkan seseorang yang dikenali serta mudah dihubungi selain senang dengar masalah rakyat untuk wakili mereka di Sungai Dua ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya, di sini malam tadi. Tambah Jasmin, ramai penduduk juga menyuarakan kebimbangan sekiranya muka baru dipilih, sukar untuk calon itu mengenali masyarakat setempat serta mengekalkan sokongan terhadap BN pada PRU-13 nanti.

 Jelasnya, beliau yakin sokongan penduduk Sungai Dua masih berpihak kepada BN apabila hampir 3,000 orang hadir pada majlis rumah terbukanya itu. Selain itu, katanya, sambutan orang ramai terhadap program-program anjuran pihaknya pada bulan Ramadan lalu juga amat memberangsangkan. Ditanya tentang keputusan ADUN Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid yang mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan itu, Jasmin berkata, beliau tiada hak untuk mengulas mengenai perkara itu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger