Headlines News :
Home » » KALAU SAYA PEMIMPIN LEMBIK , NEGARA INI DAH TAK AMAN & SELAMAT - HISHAMUDDIN

KALAU SAYA PEMIMPIN LEMBIK , NEGARA INI DAH TAK AMAN & SELAMAT - HISHAMUDDIN




KLUANG 19 Okt. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertanding mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan hari ini melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang berterusan melabelnya sebagai pemimpin lembik terutama ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan berkata, tuduhan yang dilempar terhadap beliau itu jelas tidak berasas dan berkemungkinan mempunyai sebab tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak adil terhadap dirinya.

"Jauh sekali saya lembik. Kalau lembik, negara sudah huru-hara. Kalau lembik, tidak mungkin saya bawa pindaan perlembagaan kepada parti.

"Kalau lembik, tidak mungkin saya dapat bertahan selama lima tahun bersama KDN, melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas dalam keadaan aman dan selamat, dan tidak mungkin dapat melalui pemilihan parti pada hari ini," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sembrong, di Sekolah Menengah Sains Sembrong, di sini hari ini.
Sebanyak 481 anggota perwakilan bahagian itu menghadiri mesyuarat berkenaan.
Yang turut hadir memberi sokongan kepada beliau ialah isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak sulung beliau yang sarat mengandung, Nasya Alyssa, dan suami Muhd. Anas Zawawi Khalid, serta adik beliau Faris Tun Hussein. - BERNAMA

Share this post :

+ comments + 7 comments

Anonymous
October 19, 2013 at 9:45 PM

Sebenarnya tahap keamanan dah merosot...berbanding masa lalu...

Anonymous
October 20, 2013 at 1:27 AM

rakyat bole nilai sendiri..sebelum dan sesudah...memang merosot dan tak mcm zaman Mahathir...

October 20, 2013 at 7:20 PM

Engkau Hisham sebenarnya di lihat tidak tegas tidak berani dan vokal dlm menghadapi situasi keselamatan berbanding menteri KDN yg lalu selain Dollah Badawi yg juga nampak lembik macam engkau

Anonymous
October 20, 2013 at 7:22 PM

Engkau nampak tak tegas penakut dan tak vokal dlm menghadapi situasi keselamatan. Lembik macam Badawi Dollah lembik

Anonymous
October 20, 2013 at 9:16 PM

tuan ishamudin...
tuan memang lembik...malaysia sudah lama tidak aman...
kalau kami berpeluang memilih tuan sekali kali tidak akan kami pilih sebagai pemimpin kami...tuan lembik tak tegas dan tuan penakut... tuan tak perlulah nak tegakkan benang yang basah...satu malaysia tahu tuan lembik dan tak boleh diharap...menteri amaran apa bagai... saya tak dibayar ini ikhlas dari hati kecil seorang rakyat malaysia...mati hidup semula saya akan kata tuan lembik dan tak layak memimpin.... if i have the opportunity to see u i will tell u how weak u are and how incapable u are... kepada ishamudin... u must go....

antihipokrit
October 21, 2013 at 9:12 PM

Masih taknak mengaku kelemahan diri. Masih nak denial. Masih tak mau berubah. Kalau kau betul2 hebat apasal kau panik semacam? Ko tgu je lah Next PAU.

Anonymous
November 14, 2013 at 4:13 PM

Haha, Hisham is still in denial. Mmg lembik pun, and very ineffective.

Hisham, the only reason you managed to stay at KDN for 5 years was bc Najib is yr cousin.

Thank God Zahid Hamidi is the new KDN Minister. Nampak ada juga perubahan, bukan mcm Hisham, sikit2 akan ckp, "statistics indicate the crime rate is in decline" bullshit when people were murdered right and left.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger