Headlines News :
Home » » GUAN ENG MENGAKU TAK TAHU ADA PESTA SUKAN BOGEL DI P.PINANG

GUAN ENG MENGAKU TAK TAHU ADA PESTA SUKAN BOGEL DI P.PINANG




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengakui tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi YouTube sejak semalam.

Guan Eng berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan. 

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta sukan bogel berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. 

"Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,"katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam YouTube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang di sini.

Selain melukis pada badan, mereka turut melakukan beberapa aktiviti lain seperti lari berganti-ganti, berenang di atas manusia serta tarian gangnam.
Share this post :

+ comments + 2 comments

August 5, 2014 at 5:53 PM

thailand ada, singapore ada, amereka ada... kat Malaysia yang berdiri atas rukun Kesopanan dan Kesusilaan juga nak buat! Orang asli zumbabwe pon tutup ngan daun.

Anonymous
August 5, 2014 at 9:09 PM

"We literally had the whole beach to ourselves. It really felt like a nude beach because everyone that are present there are all nude. There were no disturbance from the outside world. For once we really get to enjoy the natural environment and atmosphere just as how nature intended it to be"

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger