NIBONG TEBAL, 15 April – Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyifatkan syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk permohonan membeli rumah mampu milik di negeri itu adalah sesuatu yang mengarut dan menyusahkan.
Jelasnya, syarat tersebut seakan mempunyai agenda tersembunyi.
Tambah beliau lagi PERDA dan JKP Sdn Bhd. hanya menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik namun sayangnya tahun demi tahun berlalu begitu sahaja.
“Kelulusan yang dipinta tidak ditunaikan tetapi syarat baru pula yang dikemukakan. Kita tidak minta tanah ataupun peruntukan. Kita hanya minta kelulusan tapi itupun gagal diberikan.
“Kini syarat baru pula diberi iaitu pembeli haruslah mendapatkan borang daripada kerajaan negeri dan kerajaan negeri yang akan menentukan siapa pembelinya. Malah pembeli juga haruslah pengundi di negeri ini.
“Jadi bagaimana dengan pembeli sediada yang telahpun memohon terlebih dahulu. Kita yang buat rumah tetapi pembeli ditentukan oleh kerajaan negeri. Permainan apakah yang sedang cuba dimainkan oleh kerajaan negeri ini…?” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zainal yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, PERDA dan JKP Sdn Bhd. telah merancang untuk membina rumah mampu milik agar rakyat yang masih tidak mempunyai rumah dapat memilikinya kerana rumah pada masa kini adalah satu keperluan.
Namun sayangnya tegas beliau hajat ini sentiasa terhalang dengan pelbagai alasan daripada pihak kerajaan negeri.
“Saya sudah memohon untuk berjumpa
dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tapi saya disuruh untuk berjumpa dengan Jagdeep Singh Deo yang menjawat jawatan Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang.
“Namun perjumpaan kami tetap tidak dapat mencapai kata sepakat. Konon pelan yang kami kemukakan tidak betul… Kami ikut… kami betulkan semula tapi kelulusan tetap tidak diberi. Ini benar-benar mengecewakan,” ujarnya lagi.
Oleh itu beliau berharap agar Kerajaan Negeri jangan bermain tarik tali demi kepentingan rakyat negeri ini. - MediaUMNO
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
2 days ago
+ comments + 4 comments
Tahniah kpd semua Melayu Penang yg undi PR....selamat melingkup Melayu di Penang...
Lain kali sokong BN, x seteruk DAP ni.
Dulu Gerakan sekarang DAP pi mai pi mai tang tu, kena diperbodohkan juga.
pulau pinang = pulau cina dap
negeri dap
melayu pulau pinang sanggup berpaling tadah dgn kerajaan kerana nafsu nk ke putrajaya.. Dgn menggadaikan kuasa melayu islam di pulau pinang.
Wahai melayu pulau pinang.. Kembalilah sokong melayu kita utk menjajah pulau pinang..
Tak kiralah ianya pas atau umno atau parti bebas.. Asalkan bukan cina dap = ABCD
MELAYU ISLAM BERSATU!!
ASALKAN BUKAN CINA DAP = ABCD
ASALKAN BUKAN CINA DAP = ABCD
Post a Comment