Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (PAJIM), Yusof Mohamad menyelar tindakan pihak pengurusan beberapa masjid yang dilihat tunduk kepada tekanan dan aduan orang bukan Islam berbanding menjaga martabat dan ibadah agama Islam.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan setelah mendapat aduan daripada masyarakat setempat bahawa Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon tidak lagi melaungkan azan Subuh menggunakan pembesar suara yang dapat didengar oleh masyarakat Islam.
“Setelah diselidiki wakil pihak pengurusan masjid mengesahkan bahawa perkara itu terjadi ekoran aduan yang diterima oleh masyarakat bukan Islam di situ.
“Walhal, selama berpuluh tahun ini, seruan azan yang berkumandang dengan menggunakan pembesar suara dilakukan tanpa sebarang halangan di masjid tersebut termasuk di masjid-masjid seluruh negara,” katanya dalam satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Jelas surat yang bertarikh pada 20 Januari lalu, perkara itu amat mengecewakan serta mencemarkan martabat agama Islam sebagai agama persekutuan.
"Azan merupakan lambang utama dan ibadah kepada umat Islam. Seperti yang YDP sedia maklum, fungsi azan itu sendiri adalah untuk menyeru dan memanggil umat Islam menunaikan solat.
“Jika seruan azan itu tidak dilakukan, maka apakah fungsi azan itu dapat dicapai. Malah dalam agama Islam, telah disunatkan agar dikuatkan seruan azan supaya masyarakat sekitarnya dapat mendengar,” ujarnya - FMT
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
2 days ago
+ comments + 4 comments
Sudah bagi muka sekian lama, baru sekarang dapat balasannya, sokong Cina lagi!!!!!! UMNO sudah lambat bertindak sepatutnya dulu dah buat asyik ikut Gerakan aje macam Najib kata nak undi Cina kalau hendak undi mereka jawabnya Malaysia mereka mahu seluruhnya.PKR dan PAS jadi talibarut hanya nampak kuasa dan wang itu hanya sementara aje bila mereka memenrintah sepenuhnya barulah anjing-anjing ni akan dibuang.
Surat gila dan mengarut x sepatutnya dituruti. Lagi pun hal2 agama, bukan Islam x patut mencampuri urusan agama Islam. Orang Islam x pernah mencampuri urusan agama lain.
Hangpa juga yang sokong Pakatan, ikut sajalah apa yang depa nak buat. Baru ada akai.
X pa la kapir ni tak mau azan x pa la..ni hok melayu ISLAM duk buat pa tak reti nak membantah ka..main ikut je kehendak kapiaq ni..kalau lagu tu la..Hangpa tunggu la apa yang ALLAH nak hantaq kat Pulau Pinang tu..masa tu bala yang mai dia tak kira dah semua sekali pakat merasa na..ingat na ALLAH sentiasa merhati hampa orang MELAYU ISLAM PULAU PINANG..
Post a Comment