Headlines News :
Home » , , , » Penafian tak cukup , Guan Eng perlu buat laporan polis - Muhyiddin

Penafian tak cukup , Guan Eng perlu buat laporan polis - Muhyiddin




Serdang, 22 Okt- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

“Jangan salahkan sesiapa. Bagaimanapun, ia menjadi kecenderungan pembangkang dan Pakatan. Apabila mereka ada masalah sendiri, mereka mula menyalahkan UMNO.

“Bagaimanapun sekiranya ada kesalahan, kita perlu mencari apa punca utama,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Selangor di sini hari ini.

Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger