AYER KEROH, 23 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, rakyat perlu sedar bahawa sejak dahulu pembangkang hanya pandai berjanji dan menabur fitnah semata-mata mahu mempengaruhi rakyat benci kerajaan.
Katanya, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan zalim adalah tidak benar sama sekali kerana kerajaan sentiasa menjaga kepentingan rakyat.
“
Sebagai contoh, bila kita sakit ubat yang kita makan adalah subsidi. Bila anak-anak bersekolah hingga ke universiti, kita tidak pernah bertanya adakah ibubapa mereka menyokong kerajaan atau tidak.
Kita memberi layanan sama rata walaupun mereka tidak menyokong kerajaan. Jadi, adakah kerajan yang dipimpin oleh BN ini kejam?
“Jadi rakyat perlu sedar, siapa yang selama ini membela nasib mereka. Sebab itu kita sentiasa turun padang untuk memberi penjelasan kepada rakyat apa yang telah terjadi dalam negara kerana pihak tidak bertanggungjawab telah merosakkan minda rakyat dengan pelbagai cerita tidak benar,” ujarnya ketika berucap di majlis penutup Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Air Keroh, di sini hari ini.
Katanya, demi mendapat sokongan rakyat, pembangkang sanggup menyanggah perjuangan para pejuang kita dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan dengan mengangkat komunis sebagai pejuang.
“Mereka putar belitkan fakta sejarah untuk menaikkan sentimen perkauman dan memecahbelahkan rakyat. Mereka enggan mengaku bahawa yang memperjuangkan kemerdekaan adalah orang UMNO.
“Malah mereka enggan mengaku bahawa sejak merdeka, pemerintah terdahulu yang terdiri daripada orang UMNO sehingga kini sentiasa memikirkan cara membangunkan negara dan rakyat. Telah banyak yang kita lakukan dan perkara ini bukan boleh dilaksana dalam masa yang singkat.
“Lihatlah apa yang telah kita kecapi sekarang dengan pelbagai kemudahan yang dibangunkan demi kesejahteraan rakyat. Jadi, zalimkah kerajaan jika memperjuangkan nasib dan memertabatkan rakyat. Contoh terbaik, lihatlah betapa majunya negeri Melaka ini jika dibandingkan dengan Kelantan,” ujarnya lagi.
Shafie turut mengingatkan kepada semua rakyat agar terus menyokong kerajaan BN di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang walau siapapun yang diletakkan oleh parti sebagai calon. Ujarnya, calon yang telah di pilih oleh parti sudah pasti adalah calon yang benar-benar layak maka oleh itu individu terbabit dicalonkan. Jentera-jentera juga harus bersedia lebih awal untuk menghadapi pilihan raya
“Pilihan raya memang sudah dekat tapi jangan tunggu pilihanraya sudah dekat baru nak buat kerja kerana kita perlu jujur dan telus dalam berkhidmat membina kemajuan negara dan rakyat, ujarnya lagi. -MediaUMNO
+ comments + 2 comments
puak pembangkang menabur fitnah macam tabur garam dlm masakan...
tak sedar diuntung punya rakyat yg menyokong pakatan...
semua subsidi ko kebas tapi korang jaja fitnah yg dilakukan oleh pemimpin pembangkang...
pemimpin dgn ahli sama bengap...
pejuang hamas...
Muammar Gaddafi pun org sanjung, sebab nak hidup senang bro...Itu belum jatuh. Semua cerita yg ditatapi rakyat adalah muak2 dan semuanya wajar. Bila dah tumbang nanti baru tau siapa yg sihat, siapa yg fitnah, siapa juga yg songlap, siapa yg kaya dgn hasil 'elaunnya'.
Post a Comment