Headlines News :
Home » » Guan Eng seorang pemimpin tak boleh terima kritikan -Tsu Koon

Guan Eng seorang pemimpin tak boleh terima kritikan -Tsu Koon



Sikap Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menyalahkan Kerajaan Negeri terdahulu dalam beberapa perkara melibatkan pentadbiran negeri ini menggambarkan tabiat sebenar Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak boleh menerima kritikan.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, Guan Eng juga dilihat tidak pernah mengaku salah serta sering menyalahkan orang lain dalam banyak perkara.

 "Itu memang tabiat dia, selalu nak salahkan orang lain, padahal yang melakukan kesalahan itu adalah dirinya sendiri.

Tindakannya yang suka menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah dahulu, itu sudah biasa kita dengar.

 "Apa-apa pun, kita percaya rakyat mampu untuk menilai. Rakyat memerhati dan mereka menilai. Oleh itu,bohonglah selagi mampu kerana akyat tetap boleh menilai siapa salah dan siapa di pihak benar," katanya kepada media selepas merasmikan Program Selangkah ke Universiti Peringkat Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

 Tsu Koon turut menyokong dakwaan yang menyebut Guan Eng sebagai angkuh dan berlagak seperti tokong berikutan Ketua Menteri itu langsung tidak boleh dikritik.

 "Saya sokong kenyataan itu, sama ada ia benar dikeluarkan oleh 'individu' terbabit atau tidak. Ia memang satu kebetulan. "Dengan tersebarnya rakaman suara itu, ia menunujukkan di dalam PR Pulau Pinang sendiri ada masalah. Tetapi mereka masih bersandiwara di khalayak dan menafikannya," katanya.

 Menjawab soalan media sama ada BN mempunyai peluang untuk memenangi Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang, Tsu Koon yang juga bekas Ketua Menteri berkata, ia masih awal untuk diperkatakan. 

"Walaupun kepincangan yang berlaku dalam PR dapat dilihat dari semasa ke semasa, ia masih awal untuk diperkatakan. Kita tunggu dan lihat dulu wayang yang mereka persembahkan.

 "Dulu mereka baru memerintah, jadi tak banyak yang boleh dikritik. Namun, sekarang dah masuk empat tahun lebih, semakin banyak yang kita dapat lihat antaranya sikap serta pendekatan yang diamalkan Kerajaan Negeri masa kini," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger