Headlines News :
Home » , » Tak masuk akal saya perlu jawab pembelian saham E & O oleh Sime Darby

Tak masuk akal saya perlu jawab pembelian saham E & O oleh Sime Darby



KUALA LUMPUR 22 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menganggap pihak yang mengaitkannya dengan isu pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby) sebagai berniat jahat.

Beliau menegaskan tidak tahu-menahu mengenai perkara itu, malah tidak pernah terlibat dalam isu berkenaan.

‘‘Saya tak ada kena-mengena, saya bukan Menteri Kewangan, saya ialah menteri yang bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU), ini berlaku semasa saya bukan lagi dalam Kementerian Kewangan.

‘‘Tetapi orang kata Nor Mohamed perlu beri jawapan (isu pembelian). Apa itu? Tak masuk akal, bodoh punya kenyataan. Jadi lebih baik saya tidak cakap apa-apa tentang perkara ini, nanti lagi menjadi kontroversi,’’ katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bakat Antarabangsa anjuran Pusat Pengurusan Persembahan dan Kepimpinan Transformasi (PMTLC) Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MIM, Datuk Mohamed Iqbal Rawther.

Semalam, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin menggesa Nor Mohamed membuat penjelasan berhubung kewajaran pembelian saham oleh syarikat milik kerajaan (GLC) itu.

Nor Mohamed seterusnya memberitahu, EPU tidak mempunyai sebarang kaitan dalam isu pengambilalihan mahupun pembelian saham E&O itu.

Malah, tegasnya, beliau sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung sememangnya tidak terlibat dengan pihak Sime Darby.

‘‘Saya tidak tahu apa-apa berkaitan isu Sime Darby, ia tidak ada kaitan dengan saya. Saya sahkan memang saya zero (kosong) mengenai isu itu,’’ tegas beliau.

Terdahulu, Nor Mohamed menasihati rakyat negara ini khususnya mereka yang menjurus dalam bidang teknikal dan berkemahiran tinggi supaya tidak berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan.

Sebaliknya kata beliau, lebih baik mereka bekerja di dalam negara kerana kerajaan kini amat menitikberatkan bakat-bakat dalam bidang tersebut bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

‘‘Kalau dulu kita lebih beri penekanan dalam bidang akademik tetapi kini hampir seluruh dunia memandang tinggi terhadap bidang teknikal dan kemahiran kerana ia menjanjikan kestabilan ekonomi yang berpanjangan,’’ katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 23, 2011 at 10:31 AM

Siasat sekali Ketua UMNO Bahagian Bagan yang telah menerima berjuta saham2 dari Anwar Ibrahim semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kemungkinan besar Ketua UMNO Bahagian Bagan meyalurkan dana kepada kewangan Anwar. Sehingga kini tidak pernah kedengaran Ketua UMNO Bahagian Bagan memberi sebarang komen terhadap Anwar Ibrahim dimana2 perjumpaan atau ucapan diPersidangan Bahagian. Harap siasatan segera oleh pemimpin tertinggi UMNO dgn. segera.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger