BAYAN BARU - Dua pertubuhan membuat membuat laporan polis kelmarin ke atas Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Berhad yang juga Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana didakwa menyeleweng ketika membuat tuntutan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang (Pido) dan Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan) membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru.
Setiausaha Kesan, Mohammad Afandy Yusof, berkata, pihaknya mengesan penyalahgunaan kuasa oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menerusi beberapa laman blog.
“Kami mendapati Mat Sabu menyeleweng tuntutan rawatannya kerana beliau dirawat akibat kecederaan ketika menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 dan bukannya bertugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP.
“Selain itu, tuntutannya didapati melebihi kira-kira RM3,000 dari kos asal rawatan iaitu RM5,060.54. Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung isu itu, “ katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan itu.
Isu berkenaan didedahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu sidang media kelmarin mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kontroversi itu.
Beliau turut membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat tuntutan.
Timbalan Presiden Pas itu mengalami kecederaan ketika mengikuti perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Persoalan kedua dibangkitkan ialah mengenai jumlah pembayaran kepada pemimpin Pas itu melebihi daripada jumlah ditetapkan hospital swasta yang merawat Mat Sabu, PBAPP meluluskan pembayaran sebanyak RMRM8,434.05 sedangkan kos perubatan hanya RM5,060.54 iaitu melebihi RM3,373.50.
Post a Comment