Headlines News :
Home » , » Pepecahan dalam Pakatan semakin memuncak , DAP diberi amaran jangan besar kepala !

Pepecahan dalam Pakatan semakin memuncak , DAP diberi amaran jangan besar kepala !




GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Zulkifli Mohd Noor diingatkan supaya tidak ‘besar kepala’ dengan meminta PKR, memulangkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri kepada DAP pada pilihan raya umum ini.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata, DAP sudah mempunyai 19 kerusi di negeri ini dan Zulkifli tidak sepatutnya menuntut lagi kerusi untuk diberikan kepada calon Melayu DAP yang dikatakan, mampu menarik pengundi Melayu.

Johari berkata, Zulkifli perlu meminta kerusi sedia ada daripada DAP untuk meletakkan calon Melayu.

Menurutnya, Zulkifli yang boleh dianggap senior dalam politik, seharusnya memahami prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan bukan membolot semua kerusi untuk DAP.

“DAP perlu sedar kerana sebelum ini, mereka langsung tidak mendapat perhatian pengundi Melayu, namun selepas parti itu bergabung bersama PKR dan Pas, barulah pengundi Melayu percaya kepadanya.

“Mereka sudah ada 19 kerusi, tapi sekarang, dia minta lagi dari PKR untuk DAP meletakkan calon Melayu. Kalau dia nak bertanding, dia perlu minta kerusi dari DAP sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu kerana diarahkan tidak memberi kenyataan media.

“Biar kita sambut Aidilfitri dahulu dan saya akan ulas perkara ini selepas raya,” katanya.

Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP untuk bertanding.

Dalam kenyataan disiarkan portal berita Malaysiakini kelmarin, Zulkifli dilaporkan berkata, partinya ‘tiada pilihan’, sekurang-kurangnya mendapatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun daripada PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon Melayu, ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis”, katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger