Headlines News :
Home » , , » Laporan polis Pemuda UMNO Bagan terhadap kenyataan Mat Sabu hina pejuang kemerdekaan

Laporan polis Pemuda UMNO Bagan terhadap kenyataan Mat Sabu hina pejuang kemerdekaan


BUTTERWORTH - Pergerakan Pemuda UMNO Bagan hari ini telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong 1950, dalam ceramahnya baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Bagan yang juga Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Shaik Hussein Mydin desak polis menyiasat kenyataan Mat Sabu itu dengan segera dan ditahan di bawah ISA.

"Kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abd Rahman tidak layak sebagai pejuang kemerdekaan dan melabelkan pengganas komunis adalah hero dalam tragedi berdarah Bukit Kepong menunjukkan beliau sebagai buta sejarah , biadap serta kurang ajar .

" Kenyataan dari seorang Timbalan Presiden PAS ini juga menunjukkan dirinya seorang pemimpin yang haprak serta murtad dari segi perjuangan agama , bangsa dan negara. Saya minta Mat Sabu segera bertaubat dari terus bercakap benda yang tak betul , tak logik dan tiada fakta " katanya kepada My Penang Online.

Selain itu , Shaik Hussein juga menyelar sikap Mat Sabu yang menyatakan semua sejarah kemerdekaan negara satu penipuan .

" Kita beranggapan ini adalah satu hasutan yang mana PAS kini menyokong perjuangan komunis dan mahu mengubah fakta sejarah . Sikit hari nanti  beliau akan mengatakan Lim Kit Siang adalah pejuang yang mendapat kemerdekaan "

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 29, 2011 at 3:52 AM

bagus jugak pi report.lagi bagus kalau mat sabu ni kena angkat oleh polis.jgn plak dia diangkat oleh pejuang2 lama yg menentang komunis dah...

statement paria dia ni bagi hangat org melayu tak kira dimana berada.kalau jadi apa2 kekacauan aku cari ko dlu mat sabu...kalau dah kucar kacir tak da kemaafan dan pengampunan la utk hang bangsat syiah...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger