Headlines News :
Home » , , » Selepas Gagal Pecah Belah Melalui Masjid, DAP Akan Cari Helah Lain Pula

Selepas Gagal Pecah Belah Melalui Masjid, DAP Akan Cari Helah Lain Pula




KUALA LUMPUR 17 Jun – Walaupun pilihan raya masjid dibatalkan, namun kerajaan DAP Pulau Pinang akan cuba mencari helah lain dalam usaha mereka untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu di negeri itu.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, keputusan Yang diPertuan Agong berhubung pembatalan pilihan raya masjid itu tepat pada masanya kerana perkara telah menimbulkan pelbagai reaksi yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .

Pilihan raya masjid sememangnya tidak harus diadakan, lebih banyak keburukan daripada kebaikan, apa yang saya fahami pilihan raya itu lebih menjurus kepada kepentingan politik sesuatu pihak,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan YDP MAIPP, Ellias Zakaria yang menyatakan bahawa pilihan raya masjid dibatalkan selepas mengadap Yang di Pertuan Agong.

MAIPP cuba membuat perubahan dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid 2012-2013 apabila cuba melakukan ala pilihan raya namun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan penduduk kariah terbabit.

Walaupun mendapat bantahan namun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim tetap mempertahankan pilihan raya masjid dengan menyatakan bahawa ia menepati Seksyen 22 (4) Enakmen MAIPP.

Zabraiah berkata, beliau yakin kerajaan negeri akan mencari helah baru dalam usaha mereka untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu di negeri itu yang dilihat menyokong kuat Barisan Nasional.

“Lepas ini kita tak tahu apa pula helah yang akan dibuat oleh mereka untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu di Pulau Pinang, mereka pasti tidak akan berpuas hati dengan pembatalan pilihan raya masjid.

Beliau yang juga ADUN Bertam berkata selain cuba memecah belahkan orang Melayu, kerajaan negeri juga didapati bertindak berat sebelah dan hanya mengambil tindakan terhadap orang Melayu sahaja sedangkan kaum lain dibiarkan begitu sahaja.

Menurutnya, orang Melayu sering menjadi mangsa terutama di kalangan peniaga kecil dengan merobohkan gerai mereka sedangkan gerai kaum lain di kawasan berhampiran dibiarkan begitu sahaja. -MediaUMNO.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 21, 2011 at 5:26 PM

cuba la cara lain selain pilihanraya masjid. mesti boleh punya. kerajaan p pinang memang bagus dan adil buat itu pilihan raya masjid. apa ada salah. kenapa terlalu rasis dan berfikiran nagatif. jangan itu macam loo

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger