RAWANG, 18 Jun – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyarankan orang Melayu di Pulau Pinang dapat menilai semula pengurusan institusi masjid bagi mengelakkan ideologi politik bercampur aduk dengan pengurusan agama Islam di negara ini.
Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang sepatutnya membatalkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid mengikut sistem pengundian ala pilihan ramai.
“Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) harus faham Fasal yang berkaitan dengan agama Islam adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong iaitu termasuk Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
“Tetapi, apabila gara-gara politik sehingga di atas masjid pun dia (Lim) nak buat pilihan raya, saya fikir beliau sudah lupa “judiciary” bidang kuasa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya pilihan raya kariah masjid di Pulau Pinang bagi sesi 2012/2013 yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan bagi mengelakkan institusi agama Islam dicemari politik yang boleh memecah-belahkan umat Islam.
Minggu lepas, kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pemilihan jawatankuasa masjid di negeri itu diadakan secara pilihan raya mulai tahun ini bermula 18 Jun hingga 23 Julai yang melibatkan lebih 200 masjid.
Rais berharap titah baginda yang juga sebagai ketua agama Islam di negara ini dipandang tinggi kerana ia membuktikan Tuanku Mizan mahu masyarakat Islam di negeri itu sentiasa memelihara kesejahteraan dan perpaduan di kalangan merek
Post a Comment