Headlines News :
Home » » ZAIDI BIDAS GUAN ENG SERANG DIRINYA RUJUK PORTAL PUTARBELIT PEMBANGKANG BERNIAT JAHAT

ZAIDI BIDAS GUAN ENG SERANG DIRINYA RUJUK PORTAL PUTARBELIT PEMBANGKANG BERNIAT JAHAT


Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Dato’ Mohd Zaidi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zaidi sebentar tadi di dalam satu sidang media telah melahirkan kekecewaannya terhadap beberapa media pro pembangkang yang memutarbelitkan kenyataannya pada Persidangan Agong UMNO (PAU 2014) yang lepas sehingga membangkitkan kemarahan kaum lain terhadap dirinya dan juga UMNO. 
Sambil merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya, Zaidi berkata bahawa tindakan Guan Eng yang merujuk kepada akhbar pembangkang adalah amat memalukan. 
Zaidi dalam kenyataannya berkata, beliau sebagai Ketua Menteri seharusnya mencari bukti yang lebih kukuh untuk menghukum dirinya kerana apa yang keluar dari mulutnya ketika PAU 2014 itubukanlah satu tuduhan kepada seluruh kaum Cina, tetapi ialah adalah satu ucapan umum dimana semua ketahui bahawa masalah perjudian dan pusat maksiat haram melibatkan segelintir tauke-tauke dari kaum itu. 
“Saya dalam ucapan ketika PAU 2014 yang lalu tidak menyentuh tentang keseluruhan kaum Cina, tetapi dalam ucapan itu saya hanya menyebut kadang-kadang atau dalam maksud yang lain adalah segelintir kaum Cina yang terlibat. Tetapi malangnya kadang-kadang itu tidak ditulis (media pro pembangkang). Ini terbukti satu niat jahat yang tidak baik”, ujar Zaidi kepada puluhan media sebentar tadi. 
Dalam sidang media itu juga , Zaidi turut memberitahu bahawa beliau akan menyahut cabaran Guan Eng yang mahukan beliau mendedahkan 5 pusat hiburan dan maksiat haram di P.Pinang memandangkan Guan Eng masih bertegas bahawa P.Pinang sifar kegiatan maksiat dan perjudian haram. -  UTARA NEWS -





Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger