Headlines News :
Home » » UMNO P.PINANG BANTAH KENAIKAN CUKAI PINTU KERAJAAN DAP

UMNO P.PINANG BANTAH KENAIKAN CUKAI PINTU KERAJAAN DAP




GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya jika kerajaan negeri Pulau Pinang meneruskan hasrat untuk menaikkan cukai pintu di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kenaikan itu akan membebankan rakyat secara keseluruhan kerana perlu membayar cukai yang tinggi berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kalau kita perhatikan waktu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nak naikkan cukai pintu Anggota-anggota Parlimen daripada DAP dan PKR ke depan sekali membantah kenaikan cukai pintu ini untuk DBKL.

"Saya harap di negeri Pulau Pinang juga mereka akan bersuara dengan nada yang sama untuk membantah kenaikan ini jika diputuskan oleh kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco akan datang.

"Jadi kalau mereka boleh bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan cukai pintu daripada berlaku di Kuala Lumpur, dalam nada yang sama mereka perlu berani membangkang apa sahaja kenaikan di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, di sini, Ahad.

Zainal Abidin berkata kemungkinan kenaikan cukai pintu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, dan ia dijangka diperincikan dengan lebih jelas dalam sidang mesyuarat DUN akan datang.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger