Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang, kata ketua polis negara.Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dimaklumkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini bahawa pertubuhan itu menyalahi Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966."PDRM akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti PPS dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.Diluluskan exco tapi haram?Ketika dihubungi, Pengerusi PPS Phee Boon Poh mempersoalkan bagaimana unit itu dianggap tidak sah sedangkan siasatan masih belum dibuat.“Kenapa ROS sungguh-sungguh berminat dalam hal ini bertindak pantas dengan menulis kepada polis?” katanya yang juga exco kebajikan masyarakat penyayang dan alam sekitar negeri.“Sama ada PPS sangat terkenal atau sangat berkesan.”Phee (kanan) menjejaskan, unit itu tidak berdaftar bawah ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri yang diluluskan mesyuarat exco, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dibiayai oleh Jabatan Kewangan Negeri.Malah, katanya, PPS ditubuhkan untuk manfaat orang ramai dalam keadaan bencana dan membantu polis mencegah jenayah.PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.
Post a Comment