Headlines News :
Home » » AKTIVIS PEMBANGKANG TURUT SOKONG MAT SABU JADI CALON PRK BUKIT GELUGOR

AKTIVIS PEMBANGKANG TURUT SOKONG MAT SABU JADI CALON PRK BUKIT GELUGOR




Aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais memberi cadangan kepada DAP agar menamakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

Menurut Hishamuddin, jika DAP berani(namakan Mat Sabu) maka ia merupakan langkah berani sekaligus memberi kesan yang besar dalam perjalanan politik PR khususnya Pas.

"Sepatutnya Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor, DAP sepatutnya beri peluang kepada Mat Sabu kerana ini boleh mengejutkan.

"Rakyat akan terkejut, UMNO juga akan terkejut, isu hudud boleh tenggelam kalau DAP beri peluang kepada Mat Sabu," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "PRU14: Apakah ada lagi tsunami politik?" di Dewan Himpunan Cina  Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di sini, malam tadi. 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger