Headlines News :
Home » » E.COLI : KERAJAAN DAP TIDAK CEKAP TANGANI PENCEMARAN DI P.PINANG

E.COLI : KERAJAAN DAP TIDAK CEKAP TANGANI PENCEMARAN DI P.PINANG




Wanita Umno Pulau Pinang hari ini menyifatkan kerajaan negeri sebagai tidak cekap dan efisien dalam menangani masalah pencemaran air di sungai dan laut di Pantai Batu Ferringhi. Ketua Wanita Umno Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim berkata kerajaan negeri pimpinan DAP seharusnya bertindak pantas dengan menutup kawasan pantai untuk kerja pembersihan.

 "Apa yang kerajaan negeri buat hanya menyalahkan pihak-pihak tertentu. Kalau mereka memikirkan mengenai keselamatan masyarakat, mereka kena tutup untuk proses pembersihan. “Selepas memastikan kawasan itu selamat barulah boleh benarkan orang ramai berkunjung ke situ.

 "Bagi saya tindakan kerajaan negeri lembab dan tidak cepat sebagaimana slogan mereka 'Penang Cleaner, Greener' yang dilaung-laungkan sebelum ini... tetapi (mereka) tidak melaksanakan tindakan sebagaimana yang diperkatakan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam.

 Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri tidak akan menutup pantai berkenaan kepada pengunjung seperti yang disaran sesetengah pihak. Keputusan itu katanya berdasarkan hasil analisis kimia Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.

 Sebahagian air laut di pantai itu dilapor bertukar menjadi kehitaman yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria E.coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi. Norliza berkata walaupun kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua, kerajaan negeri perlu menutup kawasan itu sehingga ia benar-benar bersih dan selamat untuk aktiviti air.

"Demi keselamatan rakyat kena tutup. E.coli ni mengikut pergerakan laut, ada kalanya tahapnya tinggi dan ada kalanya rendah. Tetapi bakteria itu tetap ada. Bagi saya bila kita membincangkan keselamatan rakyat 'there is no negotiation'," tegasnya.

 Terdahulu, Norliza mengetuai kira-kira 50 anggota Wanita Umno dari 13 bahagian di negeri ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung penerbitan video yang mempersendakan pelbagai perkara sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

 Norliza berkata sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang politik, Kok sepatutnya lebih profesional dalam membangkitkan sesuatu isu selain tidak memperlekehkan pemimpin dan kerajaan Malaysia
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger