Headlines News :
Home » » GUAN ENG PERLU BERTANGGUNGJAWAB ISU ADUN MACHANG BUBUK HINA PM - REEZAL

GUAN ENG PERLU BERTANGGUNGJAWAB ISU ADUN MACHANG BUBUK HINA PM - REEZAL




KEPALA BATAS 25 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng disaran menggunakan pendekatan seperti yang dilakukan bapanya, Lim Kit Siang yang lebih matang berpolitik dalam menghadapi sesuatu isu.

Malah, beliau turut digesa mencontohi bapanya mencari jalan penyelesaian, bukan hanya pandai menuding jari dan menyalahkan orang lain dalam menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, Guan Eng sepatut mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan bukan meminta orang lain menyelesaikannya.

"Sebagai ketua kerajaan negeri, sudah pasti semua ADUN di Pulau Pinang di bawah tanggungjawabnya walaupun wakil rakyat Machang Bubuk itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika mengaku pakatan, tentunya DAP dan Pas boleh memberi teguran terhadap sesuatu perkara salah yang dilakukan ahli mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di pekarangan Sekolah Rendah Hashim Awang di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang harus tampil menyelesaikan kemelut berhubung tindakan Khai Loon menghina Najib dalam demonstrasi di Machang Bubuk baru-baru ini.

Ketua Menteri itu juga dilaporkan berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan isu tersebut dan mereka tidak sepatutnya diheret dalam demonstrasi mengecam wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan.

Guan Eng juga dilaporkan mempersoal mengapa beliau yang dikritik dan bukannya Anwar berhubung isu berkenaan dan mempertikai sama ada perkara tersebut dilakukan kerana beliau merupakan kaum Cina sekali gus menjadi sasaran.

Dalam pada itu, Reezal Merican turut menempelak Guan Eng yang memilih menimbulkan isu kaum dalam berdepan kemelut tersebut berbanding mengambil inisiatif menyelesaikannya.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger