Headlines News :
Home » » Video penerima Anugerah Khas Pemuda UMNO Malaysia 2013 @DrNovandri @dzainalabidin

Video penerima Anugerah Khas Pemuda UMNO Malaysia 2013 @DrNovandri @dzainalabidin




KUALA LUMPUR  - Pemuda UMNO hari ini memberi anugerah khas kepada dua tokoh bagi menghargai sumbangan mereka dalam sayap itu. Anugerah berkenaan ialah Anugerah Setia Bakti 2013 yang diberi kepada bekas Setiausahanya Datuk Megat Firdaus Megat Junid dan Anugerah Khas Pemuda 2013 kepada Dr Novandri Hasan Basri.

 Megat Firdaus dihargai atas jasanya kepada pergerakan itu dan UMNO amnya, terutama sejak dilantik sebagai setiausaha pergerakan pada April 2009, manakala Dr Novandri pula atas kapasiti beliau sebagai sukarelawan Pemuda dalam membantu masyarakat, selain perjuangan menerusi alam siber sebagai blogger Dr MiM.

 Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2013 di sini pagi tadi. - Rakyat News


 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger