Headlines News :
Home » » PRESIDEN UMNO GARISKAN 5 PENGISIAN TRANSFORMASI KUKUKAN PARTI

PRESIDEN UMNO GARISKAN 5 PENGISIAN TRANSFORMASI KUKUKAN PARTI




KUALA LUMPUR 3 Dis - Umno hari ini memperbaharui tekad dan menggagas semula formula kejayaan berteraskan lima pengisian transformasi bagi mempersiap dan mengukuhkan parti.
 
Presiden Umno, Datuk Najib Tun Razak berkata,walaupun telah berjaya menawan semula Kedah dan mengukuhkan kedudukan di Perak, namun banyak lagi usaha yang masih perlu diselesaikan.
 
"Setiap ahli Umno merupakan agen transformasi yang mencerminkan hala tuju baru siasah politik negara.Maka,Umno harus memperkukuhkan kuda-kuda dan memeperkemas kisi-kisi unutk menonggak Barisan Nasional (BN) dan negara.
 
"Dengan itu,kita bukan sahaja boleh mentadbir lima tahun akan datang,malah mudah-mudahan kita akan terus menjadi juara bagi tempoh 50 malahan 100 tahun akan datang," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
 
Lima Pengisian Transformasi Umno ialah :
 
1) Memperteguh Ekonomi Melayu dan Bumiputera
2) Mempertegak Maqasid Syariah
3) Memperkukuh Pengkaderan Parti
4) Mempersiaga Jentera Transformatif
5) Menetap Petunjuk Prestasi Utama (KPI UMNO)
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger