Headlines News :
Home » » UMNO PERMATANG PAUH BANTU PELAJAR CEMERLANG UPSR

UMNO PERMATANG PAUH BANTU PELAJAR CEMERLANG UPSR



PERMATANG PAUH 25 Nov. - Kemiskinan bukan lagi faktor penghalang bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran kerana pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan kepada rakyat terutama golongan pelajar.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, hanya kemahuan dan usaha bersungguh-sungguh termasuk galakan ibu bapa yang akan membolehkan seseorang pelajar muncul cemerlang dalam pelajaran.

"Pelbagai bentuk bantuan disediakan kerana kerajaan begitu prihatin dengan pembangunan bidang pendidikan bagi melahirkan anggota masyarakat berpendidikan tinggi.

"Rakyat terutama pelajar di negara ini beruntung kerana kebajikan mereka dalam menuntut ilmu sentiasa mendapat pembelaan sepanjang masa," katanya.

Beliau berucap dalam majlis Anugerah Cemerlang UPSR peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kawasan Guar Perahu di sini semalam.
Yang turut hadir Pengerusi JKKKP Guar Perahu, Abd. Wahab Abd. Rauf.

Sebanyak enam pelajar Sekolah Kebangsaan Guar Perahu yang memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan itu diraikan dan diberikan sumbangan buku dan wang tunai.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger