Headlines News :
Home » , » Sikap Lim Guan Eng terhadap orang Melayu seperti musang berbulu ayam

Sikap Lim Guan Eng terhadap orang Melayu seperti musang berbulu ayam



Melayu Pulau Pinang perlu membuka mata dan menilai secara rasional projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri itu yang dilihat meminggirkan mereka.

Sambil menyifatkan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti 'musang berbulu ayam', Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, projek tersebut merupakan antara helah yang digunakan pembangkang untuk meminggirkan orang Melayu dari lokasi strategik di negeri itu.

"Jika benar Guan Eng seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan adil kepada rakyat, mengapa projek pembangunan yang dilakukan kerajaan negeri tidak memberi peluang kepada orang Melayu untuk kekal di kawasan strategik.

"Ini jelas menunjukkan tindakan itu hanya tertumpu ke arah keuntungan kewangan tanpa memikirkan perkara lain selain mempunyai niat jahat untuk meminggirkan orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang dilihat semakin tenggelam dalam kerancakan projek pembangunan di Kampung Batu Uban yang merupakan bandar pelabuhan tradisional Melayu suatu ketika dahulu.

Tambah Ma'amor, perkara itu juga jelas menunjukkan orang Melayu Pulau Pinang akan terus dipinggirkan dari kepesatan pembangunan negeri.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang mendedahkan program yang telah dan akan dilaksanakan dalam usaha membantu orang Melayu di negeri tersebut.

"Jika benar mereka bersifat adil berlandaskan perkongsian kuasa yang dimiliki, saya mencabar Guan Eng dedahkan apa sahaja program serta bantuan yang dilakukan ke arah meningkatkan pendapatan orang Melayu di Pulau Pinang.

"Ini kerana apa yang kita sedia maklum, hanya rungutan yang didengari dari rakyat yang mendakwa mereka dihimpit dan dianaktirikan kerajaan negeri," katanya.
Share this post :

+ comments + 5 comments

Anonymous
January 18, 2012 at 1:10 AM

LGE NI BUKAN MUSANG BERBULU AYAM TAPI ANJING BERBULU BABI...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous
January 18, 2012 at 2:35 PM

tu lar org melayu PP xsdar2 lg ..
xpasal merempat kt tanah air sndiri plak ..

Anonymous
January 19, 2012 at 1:45 AM

MCM NA TAK MEREMPAT BRO...

BANYAK LAGI JELANGAK DAN PENCACAI YG BUTA PERUT DAN HATI...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous
January 19, 2012 at 2:23 AM

yang hilang rumah tapi dulu sokong DAP/PAS/PKR lagi la menangis..hahaha..baru tau sikap cina tamak tu..

Anonymous
January 24, 2012 at 2:07 AM

saya orang melayu disingapore sudah merasai apa yang dilakukan party pap tanah orang melayu dirampas dan banyak perkara2 lagi dianak tirikan oleh peperentah pap dan diskerimasikan orang melayu dispore saya harap orang melayu di pulau pinang jangan jadi macam kita orang melayu dan orang islam bersatu bak pepatah melayu berkat bersatu kita teguh bercerai kita runtuh berkerja sama dan erakan berpaduan takkan melayu hilang didunia bangkitlah3 orang melayu dan tegakkan agama islam dengan satu kalimah tauhid dan kalimaj rasul Allah hu Akbar 3x amin amin amin ya Rabal Alamin

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger