PULAU PINANG 6 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa gagal menguruskan isu perumahan kos rendah di negeri ini menyebabkan rakyat golongan bawahan tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong berkata, kegagalan itu berpunca daripada sikap DAP yang tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya lalu iaitu mahu menyediakan rumah kos rendah.
"Dakwaan mereka yang kononnya mahu membina rumah kos rendah hanyalah sekadar usaha meraih undi semata-mata.
"Sekiranya benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat, mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal membina sebarang projek perumahan kos rendah sejak lima tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Tong Keong, sewaktu di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerajaan menetapkan pemaju yang mahu membina projek perumahan wajib menyediakan sebanyak 30 peratus rumah kos rendah supaya rakyat miskin tidak dipinggirkan.
Post a Comment