Headlines News :
Home » , , » Guan Eng lupa P.Pinang dan Johor dalam negara Malaysia - Anifah Aman

Guan Eng lupa P.Pinang dan Johor dalam negara Malaysia - Anifah Aman



KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tindakan Lim Guan Eng menabur fitnah dan memberikan gambaran buruk tentang negeri Johor tidak akan memberi pandangan negatif orang luar kepada Malaysia, sebaliknya memberi pandangan negatif kepada Lim Guan Eng sendiri.

“Sebagai seorang warga Negara Malaysia, Lim Guang Eng yang dan juga sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ketua Menteri sebuah negeri dalam Malaysia, beliau adalah bertanggungjawab menjaga nama baik Malaysia.

“Barangkali beliau terlupa, bahawa Pulau Pinang dan Johor itu terletak dalam Malaysia, dan sebagai Ahli Yang Berhormat, apa yang diluahkan oleh Lim Guan Eng ini, Nampak sekali beliau seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mencintai Negara kita, Malaysia ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di Lobi Rehat Ahli-Ahli Parlimen di sini.

Ujarnya, mungkin Lim Guan Eng hanya fikirkan Pulau Pinang negeri sendiri, bukannya negeri yang terletak dalam Negara Malaysia.

“Inilah yang harus kita titik-beratkan, bahawa perbezaan antara parti politik, kepentingan politik dengan kepentingan Negara. Setiap YB dan setiap wakil rakyat, keutamaan kita adalah pada negara kita.

“Kalau kita sebagai YB dan mempunyai jawatan tinggi tetapi memburuk-burukkan negara kita di luar negara, saya ingat ianya satu tindakan yang tidak sihat, tidak bijak, saya rasa amat kesal sebagai Menteri Luar di mana negara-negara jiran dan negara seluruh dunia menganggap bahawa negara kita merupakan sebuah Negara Islam yang progresif, yang harus dicontohi tetapi anak-anak Malaysia sendiri memburuk-burukkan nama Malaysia,” tambahnya.

Namun beliau yakin, walaupun usaha memburuk-burukkan nama Malaysia ini dibuat oleh pakatan pembangkang, namun ia tidak memberikan kesan yang negatif kepada negara.

“Saya yakin, kenyataan Lim Guan Eng tidak memberikan kesan yang teruk kepada negara, sebaliknya ia memberikan kesan buruk dan nama baik kepada Lim Guang Eng sendiri,” tambahnya lagi. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger