SUNGAI SIPUT 19 Feb. - Tan Sri Muhyiddin menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara sedang diambang muflis ekoran tindakan kerajaan menyalurkan pelbagai insentif kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu pembohongan besar.
Berucap pada majlis Himpunan Rakyat di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas di sini hari ini, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, dasar kewangan yang kukuh membolehkan kerajaan menambah hasil pendapatan sebelum menyalurkannya kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan. - UTUSAN
Post a Comment